Zaquan Adha Redha Alami Kecederaan ACL Kali Kelima

Penyerang berbisa Negeri Sembilan, Zaquan Adha terpaksa melupakan baki perlawanan beliau bersama pasukan sehingga penghujung musim ini selepas menerima kecederaan yang teruk.

Zaquan sah menerima kecederaan yang paling ditakuti para pemain bola sepak profesional iaitu Anterior Cruciate Ligament (ACL) untuk kali kelima dalam kariernya sehingga kini.

Musim ini sebenarnya merupakan detik yang terbaik buat Zaquan selepas memulakan aksi bersama Negeri Sembilan dengan sangat baik di posisi serangan selain berperanan sebagai kapten pasukan.

Daripada tujuh perlawanan membabitkan Zaquan bersama Negeri Sembilan, penyeranh berpengalaman ini sudah pun meledak satu gol bersama satu bantuan jaringan.

Walaupun begitu, momentum terbaik Zaquan bersama Negeri Sembilan terpaksa disekat selepas beliau sah mengalami kecederaan ACL yang akan memerlukan banyak masa untuk pulih.

Zaquan juga redha dengan nasib yang menimpa beliau, selepas terpaksa menerima untuk kali kelima kecederaan tersebut sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

Selain itu, Zaquan juga berharap supaya para penyokong dapat mendoakan beliau untuk beliau terus diberi kekuatan bagi menempuh dugaan besar dihadapi kini.

“Alhamdulillah. Saya terima ujian ini dengan penuh reda. Sebab saya tahu Allah sayang saya. Ini adalah kali ketiga saya dapat ACL.

“Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Insyallah ada yang lebih baik dihadapan,” kata penyerang yang mempunyai pengalaman luas itu menerusi Harian Metro.

Punca kecederaan tersebut berlaku ketika aksi suku akhir Piala FA 2023 ketika membabitkan pertemuan antara Negeri Sembilan dan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.

Ketika perlawanan berlangsung, Zaquan yang tampil sebagai pemain gantian terpaksa dibawa keluar semula selepas mengalami pertembungan bersama pertahanan lawan iaitu Fazly Mazlan.

Pada masa sama, laman rasmi Negeri Sembilan juga mengesahkan tentang kecederaan yang dialami oleh Zaquan menerusi satu kenyataan telah dikeluarkan.

Jelas kenyataan itu, Zaquan bakal diketepikan daripada mengharungi baki perlawanan liga selama enam bulan selepas menjalani pembedahan minggu hadapan.

“Zaquan bakal menjalani pembedahan pada lutut minggu hadapan. Dia memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk kembali pulih dari kecederaan,” kata kelab tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN