Zaquan Adha Masih Berbiso!

Zaquan Adha Negeri Sembilan

Selepas kembali pulih dari kecederaan, penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak muncul wira pasukannya dengan menjaringkan dua gol menarik untuk menundukkan Kelantan dalam saingan Liga Premier pada Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, bekeas penyerang kebangsaan berkenaan menjaringkan gol pada awal permainan menerusi rembatan separa voli dan kemudian menghadiahkan gol kemenangan melalui sepakan lencong pada minit ke-70.

“Saya akui cukup puas kerana dapat menghasilkan dua jaringan sebegitu pada semalam,” ujar Zaquan kepada Media MFL.

“Namun lebih penting adalah tiga mata buat Negeri Sembilan dalam menyalakan semula impian ke Liga Super musim depan selain bersaing dengan Sarawak United bagi mahkota kejuaraan Liga Premier.”

Penyerang berusia 34 tahun itu kembali diturunkan dalam aksi keenam ketika berdepan Kuching City selepas direhatkan dalam empat perlawanan lalu yang ekoran mengalami kecederaan hamstring yang diperolehinya selepas aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Kemenangan itu meletakkan Negeri Sembilan kini kembali merampas kedudukan pendahulu Liga Premier daripada Sarawak United selepas pencabar mereka itu tewas 0-2 kepada PDRM FC di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Jumaat.

Menurut Zaquan, Negeri Sembilan sememangnya mahukan kemenangan dalam perlawanan tersebut selepas gagal mengutip tiga mata penuh dalam dua perlawanan terdahulu iaitu semasa tewas 2-3 kepada Kelantan United dan seri tanpa jaringan dengan Kuching City FC.

“Ini kemenangan yang penting buat kami kerana dua perlawanan di laman sendiri sebelum ini, kami tidak meraih kemenangan jadi telah rugi sebenarnya buat pasukan,” tambahnya lagi.

“Jadi, tiga mata yang diraih dengan Kelantan kembali meletakkan Negeri Sembilan dalam landasan untuk bersaing dengan Sarawak United terutamanya, malah sebenarnya, rata-rata pemain cukup bermotivasi untuk menang apabila ketahui Sarawak United tewas pada perlawanan, Jumaat tempoh hari.”

Bagaimana Zaquan berharap rakan sepasukannya berwaspada dengan pasukan pencabar lain termasuk dua pasukan Kelantan yang boleh bersaing bagi merebut dua slot teratas ke Liga Super.

Dalam perlawanan itu, pemain tengah Kelantan FC, Mario Arques juga melakar jaringan cantik menerusi teknik sepakan gunting pada minit ke-54 untuk gol penyamaan, namun Zaquan berjaya memastikan tiga mata milik pasukan tuan rumah.

Setakat ini Zaquan telah mengumpul empat gol secara keseluruhan untuk pasukannya dan beliau berharap rentak kemenangan dapat diteruskan semasa perlawanan dengan Sarawak United pada Sabtu ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tambahnya lagi, beliau dan rakan sepasukan tidak akan memandang rendah terhadap kemampuan lawan mereka itu walaupun kalah mengejut kepada PDRM FC kerana menyifatkan skuad kendalian E. Elavarasan itu mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi.

“Pertemuan dengan Sarawak United, saya rasakan akan menjadi penentu utama kepada sejauh mana kami mampu pergi pada musim ini dan saya mengharapkan rakan-rakan tidak pandang rendah kepada mereka.

“Banyak perlawanan penting yang akan dilalui oleh Negeri Sembilan sepanjang Ramadan ini kerana kami akan bertemu PDRM dan JDT II selepas Sarawak United, jadi setiap kemenangan amat penting bagi meletakkan kedudukan yang lebih selesa kepada kami.”

Kredit Foto: Negeri Sembilan FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

‘Asyik-Asyik Casagrande’, Tomas Trucha Naik Jemu Persoalan Media

Adakah Page Bola Sepak Malaysia Ini Tidak Sedar Mereka Mempromosi Syarikat Judi?

Bukan Iklan Raya Sahaja, Syarikat Judi Juga Sudah Ada Laman Web & Rancangan Bola Sepak Di Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN