Zaquan Adha Akui Banyak Belajar Daripada Shahrel Fikri

Penyerang skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak mengakui beliau dapat mempelajari sesuatu daripada penyerang muda yang sedang meningkat, Shahrel Fikri sambil menganggap kehadiran Shahrel sangat menguntungkan skuad kebangsaan.

Shahrel yang bermain untuk kelab Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Liga Thailand musim ini mempamerkan prestasi hebat selepas dimasukkan di separuh masa kedua apabila menghasilkan 1 gol dan 2 ‘assist’ yang membantu skuad negara menewaskan Kemboja, 3-1 dalam aksi pershabatan antarabangsa.

Walaubagaimanapun, Zaquan tidak begitu bimbang tempatnya akan dirampas oleh Shahrel sebaliknya beliau lega kerana skuad kebangsaan kini mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan.

“Adalah bagus untuk sesuatu pasukan memiliki pilihan pemain yang ramai. Saya rasa setiap pemain ada kelebihan masing-masing, ini merupakan sesuatu yang positif dan persaingan sihat untuk pasukan.

“Sharel ada kelebihannya sendiri dan begitu juga dengan pemain-pemain yang lain. Saya sangat berterima kasih kepada Sharel kerana dengan pengalaman yang dia ada dalam Liga 1 Thailand, dia dapat membawanya ke dalam skuad kebangsaan.

“Kita juga dapat mempelajari sesuatu daripada dia,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia.

Aksi Shahrel dalam saingan Liga Thailand.

Zaquan menyifatkan perlawanan persahabatan yang diaturkan oleh FAM dapat membantu pemain untuk mengenali satu sama lain dan mendapatkan keserasian di antara mereka dalam persediaan untuk menghadapi Piala AFF pada November ini.

“Saya berharap dalam dua perlawanan persahabatan yang kita hadapi ini, kita dapat belajar sesuatu yang positif. Harap kemenangan dengan Kemboja ini beri suntikan semangat untuk kita bawa ke dalam Piala AFF nanti,” kata pemain Kuala Lumpur itu.

Malaysia dijadualkan untuk bermain dalam tiga lagi perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF bermula, iaitu menentang Sri Lanka di Colombo pada 8 November, kemudian menentang Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka (12 Oktober) dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil (3 November)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN