Zappacosta Kembali ke Itali, Akhiri Penderitaan Bersama Chelsea…Buat Sementara

Davide Zappacosta tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas tiba di negara kelahiran beliau untuk menyelesaikan urusan perpindahannya ke AS Roma. Pemain bek kanan itu  dipinjamkan dari Chelsea selama 6 bulan dengan pilihan untuk sambungan kepada setahun.

Zappacosta ketika ditemubual berkata, “Saya amat gembira. Saya sangat merindui Itali.”

“Saya gembira dapat kembali ke sini. Saya sangat mengenali Gianluca Petrachi (Pengarah Sukan Roma) dan saya tahu betapa gigih dan bersemangatnya beliau bekerja.

“Saya tahu penyokong Roma juga sangat hebat. Pasukan ini dibarisi banyak pemain muda dan saya yakin kami mampu melakukannya dengan baik.”

Zappacosta membesar di Sora, sebuah pekan yang tidak jauh dari ibu kota Rome. Beliau mula bermain dengan sebuah kelab remaja tempatan, Isola Liri dan menyertai Atlanta ketika berumur 19 tahun.

Pemain yang mempunyai 13 penampilan bersama skuad Itali itu turut cemerlang semasa bersama Avellino dan Torino sebelum disambar Chelsea dengan nilai perpindahan £23 juta pada 2017.

Zappacosta sering menjadi pilihan ketika musim pertamanya di kelab barat London itu ketika diurus oleh Antonio Conte. Namun sejak permulaan musim ini, Zappacosta langsung tidak bermain sebarang perlawanan di bawah pengurusan Frank Lampard.

Di bawah kendalian Maurizio Sarri musim lepas, beliau hanya bermain empat perlawanan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pemain pertahanan berpengalaman ketiga yang meninggalkan Chelsea selepas Gary Cahill dan David Luiz.

Frank Lampard kini mempunyai pilihan yang agak terhad di bahagian bek kanan. Di samping Cesar Azpilicueta, mereka memiliki prospek muda, Reece James yang cemerlang sepanjang dipinjamkan ke Wigan Athletic musim lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN