Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham kini sedang menantikan surat daripada usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida untuk mengambil alih kelab tersebut.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman sebelum ini pernah menjadi penaja utama Kelantan namun ketika itu apa yang dilakukan olehnya tidak begitu menjadi dan penyokong Kelantan kecewa dengan apa yang berlaku.
Namun kini selepas pelbagai kontroversi melanda Kelantan maka tekanan semakin kuat untuk Zamsaham meninggalkan pasukan itu.
Menurut laporan Berita Harian, Zamsaham dikatakan bersedia untuk dihubungi oleh Vida dalam urusan jual beli Kelantan.
Malah, Zamsaham bersedia untuk menjadikan urus niaga itu satu kenyataan dengan mahu membawa perbincangan mengenainya ke peringkat yang lebih serius.
“Kalau Vida sedia nak ambil alih, tak payah susah-susah, hantar surat kepada saya. Nyatakan berapa nilai dan kita boleh muktamadkan kalau dia betul-betul bersungguh.
“Syaratnya dia hantar satu surat seperti yang saya lakukan ketika nak beli Kelantan FC dulu yang mana saya berhubung dengan KAFA. Jadi kalau betul sungguh-sungguh dia boleh terus hubungi saya,” kata Zamsaham.
Vida berkata bersedia untuk kembali memacu semula kebangkitan bola sepak Kelantan tetapi memerlukan pemilikan semula terhadap kelab itu.
Ini juga dilihat sebagai peluang kedua untuk diriny menebus kesilapan ketika menjadi penaja utama Kelantan pada sebelum ini.
Kalau boleh jangan cat stadium dengan warna merah jambu lagi okay?