Zamsaham Rasmi Lepaskan PSPS Riau Kepada Pemilik Baharu

Pemilik Kelantan The Red Warriors (TRW) iaitu Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham secara rasminya sudah pun melepaskan satu lagi pasukan bola sepak miliknya di Indonesia, PSPS Riau.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Zamsaham menerusi Facebook milik beliau dengan menyatakan pasukan itu kini sudah pun berpindah tangan kepada pemilik baharu yang juga merupakan anak jati Riau.

Gaji Tertunggak 2 Bulan, Pemain PSPS Riau Mahukan Jawapan Tapi Pengurusan Kunci Mulut

Selain menyatakan pemilikan kelab sudah bertukar tangan, Zamsaham turut menyatakan segala kos pembayaran untuk kerosakan kerusi di stadium serta lain-lain turut dijelaskan sepenuhnya.

Pembayaran tersebut dibuat melalui peguam lantikannya iaitu Pak Effendy Shah Putra, selepas ada kerosakan kerusi di stadium sebelum ini telah dikesan.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam untuk seluruh warga kota Pekanbaru, Riau.

“Saya Norizam Tukiman, dengan ini menyatakan bahwa PSPS Riau FC sudah berpindah tangan, dan orang yang akan menangani tersebut adalah orang yang tepat untuk meneruskan mimpi saya agar PSPS Riau FC kembali ke masa kejayaan nya.

“Semua bayaran kerosakkan kerusi stadion dan bayaran2 lain semua sudah dijelaskan melalui lawyer yg sudah dilantik iaitu Pak Effendy Shah Putra,” jelas Zamsaham.

Pada masa sama, usahawan berpengaruh itu juga turut memohon maaf kepada seluruh penyokong PSPS Riau serta mengharapkan yang terbaik buat pasukan tersebut masa hadapan.

“Dalam kesempatan ini, saya juga ingin meminta maaf kepada seluruh warga kota Pekanbaru, khususnya kepada Supporter jika ada salah kata & sikap selama saya menjadi Pemilik PSPS Riau FC.

“Semoga Klub yang saya cintai ini menjadi lebih baik untuk kedepannya. Terima kasih juga untuk seluruh bentuk dukungan yang sudah diberikan kepada saya selama ini,” tambah Zamsaham.

Selain melepaskan PSPS Riau, Zamsaham juga kini terbuka untuk menerima mana-mana tawaran jika ada individu yang berminat untuk menjadi pemilik Kelantan pada masa hadapan.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Setakat ini, hanya Dato’ Seri Vida sahaja menyatakan rasa minat untuk menjadi pemilik pasukan tersebut pada masa akan datang dan sudah pun dinyatakan secara umum.

Namun, Zamsaham telah mengesahkan sehingga kini Vida tidak membuat sebarang tawaran rasmi dalam usaha untuk tampil lebih serius bagi menjadi pemilim seterusnya buat pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN