Zamsaham Buang Kerja Pemain Yang ‘Kantoi’ Merokok

Norizam Tukiman ZamSaham Kelantan FC FAM

Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras kepada pemainnya yang menghisap rokok.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Norizam akan membuang pemain tersebut daripada pasukan sekiranya ‘kantoi’ menghisap rokok.

Namun begitu, ianya tidaklah terpakai kepada pemain-pemain di Kelantan. Sebaliknya ia hanya untuk pemain-pemain di kelab Indonesia milik Norizam iaitu PSPS Riau.

Norizam berkongsi kepada pengikutnya mengenai jenis-jenis denda yang akan dikenakan kepada para pemainnya jika mereka melanggar mana-mana peraturan.

Trtapi yang paling mencuri tumpuan adalah kesalahan merokok di tempat perlawanan atau hotel penginapan pasukan.

Selain itu, juga terdapat denda-denda lain terhadap salah laku seperti lewat tiba ke tempat latihan dan menggunakan telefon pintar ketika mesyuarat pasukan.

Berikut adalah senarai penuh denda-denda yang dikeluarkan oleh Zamsaham kepada para pemain PSPS Riau:

  • Lambat tiba pada hari perlawanan – RP300 ribu – RM90
  • Lambat tiba pada hari latihan – RP200 ribu – RM60
  • Lambat datang mesyuarat pasukan – RP200 ribu – RM60
  • Menggunakan telefon pintar ketika mesyuarat pasukan dan ketika makan bersama-sama pasukan ketika perlawanan di tempat lawan – RP200 ribu – RM60
  • Tidak melaporkan masalah kesihatan atau kecederaan kepada fisio pasukan selewatnya 90 minit sebelum latihan dimulakan – RP300 ribu – RM90
  • Tidak hadir ke latihan tanpa sebab yang kukuh kepada jurulatih sekurang-kurangnya tiga jam sebelum latihan dimulakan – RP1 juta- RM300
  • Ditangkap merokok di kawasan latihan dan juga hotel pasukan – disingkir daripada pasukan
  • Staf kejurulatihan lewat dua jam sebelum latihan dimulakan – RP300 ribu – RM90

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN