Zaki Shaikh Ahmad Berpuas Hati Aksi Negeri Sembilan Walaupun Tewas

Pengendali baharu Negeri Sembilan – menggantikan Mat Zan Mat Aris yang direhatkan – Haji Zaki Shaikh Ahmad menyatakan beliau berpuas hati dengan aksi para pemain walaupun tewas.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan di antara Negeri Sembilan dengan Kedah, yang berakhir kekalahan 1-3 skuad Jang, Zaki berkata: “Keseluruhannya saya berpuas hati dengan para pemain kita.”

“Saya rasa mereka masih terus mencuba sampai 90 minit permainan. Namun masalah kita adalah tidak dapat menjaringkan gol – terlampau lama tidak dapat gol. Apabila kita menjaringkan gol, Kedah mendapat gol penalti – itu membunuh perlawanan.”

“Tetapi para pemain tetap mencuba juga untuk bangkit”.

“Tengoklah dalam kedudukan ketinggalan 2-1 tadi kita masih terus mencuba. Gol pertama pasukan Kedah kerana kita lambat untuk mendapat rentak.”

Ditanya sama ada para pemainnya agak gemuruh pada awal perlawanan kerana ada sedikit rasa terlalu hormat kepada Kedah yang hadir dengan status juara Piala FA, Zaki Shaikh Ahmad mengakuinya berlaku pada awal permainan.

Namun pasukannya berjaya mengimbangi perlawanan dan membuang rasa gemuruh itu. Beliau berpendapat perlawanan agak seimbang, cuma bezanya, Kedah lebih klinikal di hadapan gol.

“Pada awalnya memang, tetapi selepas itu kita menjadikan perlawanan seimbang terutama sekali pada separuh masa kedua. Kita berjaya mencipta peluang gol.”

“Tahniah kepada pasukan Kedah, kerana mereka memiliki penyudah lebih baik. Kelebihan mereka itu sahaja [yang membezakan mereka dengan kami],” tambah beliau lagi.

Zaki juga menegaskan para pemainnya ada isu dengan fasa serangan balas. Mereka perlu lebih cepat selepas ini.

Jurulatih Negeri Sembilan itu tidak panik dengan kekalahan pertama ini, kerana mereka masih ada 5 perlawanan lagi untuk diharungi.

“Kita ada perlawanan kedua selepas ini, ataupun masih ada 5 perlawanan lagi. Saya berharap para pemain akan berjuang bersama saya. Mereka bermain sangat bagus.”

Buat masa ini, Negeri Sembilan fokus kepada pemulihan kecergasan untuk perlawanan pada Rabu ini. Akhir sekali Shaikh Zaki Ahmad mahu para pemainnya memperbaiki beberapa kelemahan sebelum aksi menentang PKNS FC.

“Kita perlu jaringkan gol, tanpa gol tak menang. Seterusnya kita perlu memperbaiki beberapa kesilapan ketika pertahanan.”

“Pemain penyerang kita tidak mendapat sokongan yang baik. Jarak antara pemain tengah dan pertanhanan juga terlalu jauh, itu yang membuatkan Kedah mengambil kesempatan di ruang itu.”

“Pada separuh masa kedua tadi, aspek tersebut diperbaiki.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN