Zainal Abidin: Pemain Muda dan Senior Melaka United Semakin Serasi

Khidmat Zainal Abidin Hassan di Melaka United akan diteruskan pada musim depan selepas beliau masih diberi kepercayaan untuk menduduki kerusi ketua jurulatih untuk musim keduanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bekas pemain kebangsaaan era 80-an itu membimbing skuad Sang Kancil itu menduduki tangga keenam dalam carta Liga Super pada musim ini. Pencapaian itu boleh dianggap satu keputusan yang positif dalam persaingan di liga utama negara ini.

Namun demikian dalam pertandingan lain, Melaka United gagal mara ke pusingan kedua Piala FA dan tersingkir di peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Sekalipun mereka telah mendapatkan beberapa ‘nama besar’ untuk menyertai pasukan tersebut seperti bekas pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi, penyerang Brazil, Anselmi Da Silva dan bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim, mereka mengakhiri musim ini dengan ‘tangan kosong’.

Untuk persiapan musim depan, Zainal telah membuat rombakan besar dalam skuadnya dengan hanya mengekalkan kapten pasukan, Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Solehin Mamat, Faizal Talib, Razman Roslan, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman dan Saiful Ridzuwan Selamat.

Kemudian pasukan itu dilihat amat rancak membawa masuk pemain-pemain baharu yang boleh dikatakan memiliki reputasi yang baik seperti pemain tengah Colombia, Romel Morales Ramirez, pemain kelahiran Australia, Curran Singh Ferns serta pemian kelahiran New Zealand, Khair Jones.

Selain itu, pemain tempatan yang menyertai mereka adalah Norazlan Razali, Annas Rahmat, Mohd Shyamierul Razmee Jasmi, Fakhrullah Rosli, Mohd Ferris Danial Mat Nasir, Nurridzuan Abu Hassan, Khairul Anwar Shahrudin dan Ahmad Syamim Yahya.

Memetik laporan berita The Star, Zainal Abidin memaklumkan beliau memilih pemain-pemain baharu yang terdiri daripada pemain berpengalaman yang mampu menampung kekurangan yang ada pada pasukannya.

“Kami mahu memperbaiki pencapaian pada musim ini dan kami sudah mempunyai gambaran yang lebih baik tentang apa yang diperlukan oleh pasukan.

“Kami turut mengekalkan pemain-pemain muda yang berbakat selepas mereka menunjukkan kualiti yang mereka miliki pada musim ini. Saya yakin mereka akan dan dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik. Kami perlukan kepantasan dan tenaga pemain muda ini untuk saingan Liga-M yang semakin laju.”

Pengendali berusia 57 tahun itu berkata pasukan itu telah memulakan latihan sejak minggu lepas dan beliau mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki segala kesilapan pada musim lepas dan membentuk keserasian dalam pasukan sebelum bermula musim baharu yang akan bermula pada 28 Februari tahun depan.

Zainal turut berjaya mendapatkan khidmat dua pemain import iaitu penyerang Nigeria, Uche Agba dan penyerang Jamaica, Deshorn Brown yang akan menyertai pasukan selepas perayaan Krismas.

“Saya boleh lihat pemain baharu dan lama semakin serasi bersama. Mereka sangat komited dalam latihan. Ia ternyata kemasukan pemain baharu yang positif kepada pasukan,” kata Zainal lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN