Zainal Lega Presiden MUSA Prihatin Untuk Selesai Tunggakan Gaji Pemain

Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Tuan Adly Zahari yang memberi jaminan akan melangsaikan hutang gaji pemain pada Ogos hadapan.

Presiden MUSA, yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka itu dalam satu kenyataan berkata, dua bulan gaji yang tertunggak akan diselesaikan pada Ogos, manakala satu bulan tunggakan pula akan diterima pemain pada hujung bulan ini.

Kenyataan Rasmi YAB Ketua Menteri merangkap Presiden MUSA, Tn Adly Zahari berkaitan tunggakan gaji pemain Melaka United yang tular di media-media sosial ketika ini.

#DemiKebanggaanMelaka

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Wednesday, July 24, 2019

Kelewatan pembayaran gaji yang melanda skuad Melaka United dikatakan berpunca daripada kegagalan penaja menyerahkan wang tajaan mengikut jadual.

Bercakap kepada Berita Harian semalam, Zainal turut meminta agar pemain kembali memberikan fokus kepada saingan Kumpulan D di pertandingan Piala Malaysia.

“Apapun saingan Selangor, FELDA United dan PDRM tetap sengit dan sulit buat pasukan tetapi yakin salah satu slot ke suku akhir mampu menjadi miliki pasukan,” kata Zainal.

“Namun, fokus jitu harus diberikan untuk memastikan setiap perlawanan berakhir dengan kejayaan tiga mata terutama pada saingan di gelanggang sendiri.”

Melaka United turut memiliki kelebihan seperti beraksi di tempat sendiri ketika menentang PDRM FA, kerana pasukan itu turut menggunakan Stadium Hang Jebat sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim ini.

Dengan isu tunggakan gaji sudah boleh dianggap selesai, Zainal kini mahu pemain-pemainnya memberikan fokus sewajarnya kepada lawan yang bakal dihadapi untuk memastikan kejayaan pasukan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN