Zainal Impikan Gandingan Safiq Rahim Dan Liridon Kasniqi Dalam Skuad Melaka United

Kehadiran Liridon Krasniqi dalam skuad Melaka United dijangka akan memperkuatkan jentera tengah pasukan itu bagi mengadapi musim baharu Liga Malaysia yang bermula pada minggu hadapan.

Bagi pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan, beliau sememangnya mengimpikan gandingan mantap bekas pemain import Kedah itu bersama bekas kapten JDT, Safiq Rahim di bahagian tengah.

“Mereka sememangnya tidak sabar untuk bergandingan.

“Kedua-duanya memberitahu saya bahawa mereka amat mengidamkan untuk beraksi bersama-sama. Ia amat mengharukan saya.

“Jadi, saya harap mereka dapat bermain baik di Melaka,” katanya dalam Stadium Astro.

Sesi latihan skuad Melaka United di Stadium Hang Tuah. FOTO: MUSA

Sebelum ini, Liridon dikaitkan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas dikatakan ‘memungkiri janjinya’ dengan Pahang apabila gambarnya bersama pemilik JDT, DYMM Tunku Ismail menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, kehadiran Liridon di Melaka pasti mengundang persoalan mengenai hubungannya dengan penolong jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff, yang sebelum ini dingin ketika bersama pasukan Kedah.u.

“Setiap pemain mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri tetapi yang penting jurulatih dan pengurusan perlu (bijak) mengendalikan perkara-perkara seperti ini.

“Kita tidak boleh lari dengan hakikat ini.

“Saya harap Liridon akan menjadi pemain penting dan membantu pasukan,” ujar Zainal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN