Quantcast

BERITA

Zainal Abidin Yakin Melaka United Raih Kedudukan Empat Terbaik Liga Super

Saingan Liga Malaysia kembali bersambung mulai jumaat ini selepas hampir tiga minggu berehat untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan dan sambutan hari raya Aidilfitri.

Dengan hanya berbaki tujuh lagi perlawanan Liga Super untuk ditamatkan, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan tekad bawa pasukannya untuk meraih kedudukan empat terbaik sehingga tamat musim 2019.

Skuad Hang Tuah itu kini menghuni kedudukan ke 4 Liga Super selepas mencatat enam kemenangan dan empat keputusan seri. Malah, mereka juga terikat 22 mata dengan Kedah dan berpeluang merapatkan jurang mata dengan pasukan ditangga kedua, Pahang.

Justeru itu, Zainal enggan membiarkan anak buahnya terlepas banyak mata dalam perlawanan yang seterusnya dan menganggap tidak mustahil mereka mampu muncul sebagai naib juara Liga Super.

“Kami terlepas banyak peluang (terhidang) untuk meraih kemenangan ataupun seri.

“Inilah yang merugikan kami tetapi pemain harus faham bahawa masih ada baki tujuh perlawanan lagi.

“Kalau mereka berikan aksi terbaik, kami mampu menduduki kelompok empat terbaik Liga Super,” katanya dalam Stadium Astro

Zainal Abidin Hassan. FOTO: MUSA

Beliau juga menarik nafas lega apabila beberapa pemain import sudah mula membentuk keserasian dengan Melaka United selepas jodoh dengan Liridon Krasniqi tidak panjang.

“Boleh dikatakan dalam tiga perlawanan yang lalu, kami telah menjaringkan banyak gol.

“Inilah perkara yang kami ketandusan selain perlu memperbaiki aspek disiplin di bahagian pertahanan kerana masih ada gol cuai yang diberikan,” katanya lagi.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!