Zainal Abidin: Terima Kasih Presiden

Zainal Abidin Hassan Melaka United Liga Super 2020

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan sangat berterima kasih kepada presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Damian Yeo kerana telah menunaikan permintaannya untuk mendapatkan Sony Norde.

Sony Norde merupakan pemain import terakhir yang dibawa masuk menyertai kem Melaka United dan menurut Zainal Abidin, pemain skuad kebangsaan Haiti ini telah lama berada dalam senarai pendeknya.

Pemain tengah menyerang ini melengkapkan empat pemain import musim ini selepas membawa masuk Romel Morales daripada PKNS FC, Uche Agba daripada PDRM disamping mengekalkan Jan Suk-won.

“Saya perlu berterima kasih kepada presiden MUSA, Damian Yeo kerana menunaikan permintaan saya untuk mendapat [Sony] Norde. Beliau menyertai kita dengan reputasi besarnya ketika di India.

“Beliau telah mengikuti perkembangan Liga Malaysia dan sangat berminat untuk bermain di sini,” ujar Zainal Abidin lagi sambil menegaskan setiap pemain baharu sepertinya perlu diberikan masa.

“Tidak dinafikan sentuhannya di depan gawang tetapi kini beliau bersama pasukan, liga dan negara baharu jadi beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri,” tambahnya lagi yang dipetik menerusi The Star.

Pengendali berusia 57 tahun itu turut berkata yang tugas menjaringkan gol bukan hanya terletak di bahu Sony Norde tetapi semua pemain harus memainkan peranan dan menyumbang kepada pasukan.

Sony Norde sebelum ini pernah beraksi di Indian League pada musim 2014 hingga 2019 bersama Mohun Bagan dan telah meledak 37 jaringan daripada 88 penampilannya sepanjang lima tahun di sana.

Negeri Sembilan akan menjadi lawan dalam aksi pemanas badan terakhir skuad Hang Tuah sebelum mereka berangkat ke Indonesia untuk Jelajah Pra-Musim 2020 dan akan melalui tiga aksi pemanas badan.

“Selepas pulang daripada Indonesia pada 9 Februari, jika saya masih kurang berpuas hati dengan persembahan pasukan, kita akan adakan beberapa lagi aksi persahabatan,” jelas Zainal Abidin lagi.

Malam tadi, Melaka United menang 2-0 ke atas UKM FC dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat hasil jaringan pemain tengah, Romel Morales dan pertahanan tengah, Jang Suk-won.

Kredit Foto: MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN