Zainal Abidin Lega Kutip Satu Mata Di Stadium Hang Jebat

Jaringan sepakan penalti daripada Safiq Rahim pada minit ke 89 ketika menentang Pahang semalam berjaya memastikan rekod tanpa kalah Melaka United kekal selepas 3 perlawanan Liga Super musim ini.

Jurulatih skuad itu, Zainal Abidin Hassan, memuji disiplin anak buahnya menyekat rangkaian serangan skuad Tok Gajah selepas ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama.

Zainal mengakui gol awal Pahang pada minit kelima sedikit menjejaskan tumpuan pemainnya namun ia bukan halangan untuk mereka bangkit membentuk gerakan pada separuh masa kedua.

Beliau berkata dalam Berita Harian, pemain juga berjaya menunjukkan peningkatan efektif pada perlawanan ketiga terbabit walaupun turut diasak hebat lawan.

“Apa yang lebih penting pemain beraksi habis-habisan dan berhempas-pulas untuk tidak menghampakan penyokong di halaman sendiri.

“Ketika di dalam bilik persalinan, saya terus memberikan motivasi kepada pemain untuk melupakan gol pendahuluan pelawat, selain memberikan kata semangat buat mereka memburu jaringan. Apa yang membanggakan mereka merealisasikan perencanaan terbabit,” katanya.

Kesebelasan utama Melaka United menentang Pahang semalam. FOTO: MUSA

Melaka United kini menghuni kedudukan 4 teratas Liga Super bersama Kedah, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Keempat-empat pasukan ini terikat 7 mata yang sama tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan. 

Mengulas mengenai keputusan pengadil yang agak kontroversi semalam, Zainal berkata, keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada pasukannya selepas Anselmo Casagrande dijatuhkan pemain lawan adalah tepat.

Bagaimanapun, pengendali Pahang, Dollah Saleh enggan memberi komen mengenai keputusan pengadil sebaliknya mengakui kecewa pasukannya hanya pulang dengan satu mata.

Pahang yang bermain corak menarik dengan gerakan cantik memiliki beberapa peluang menambah jaringan namun percubaan terbaik daripada pemain tengah, Nor Azam Azih pada minit ke 49 hanya sekadar menggegar palang gol Melaka United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN