Zainal Abidin Hassan Sah Bimbing Melaka United Hadapi Musim 2019

Zainal Abidin

Melaka United mengorak langkah dalam memperkasakan pasukan selepas berjaya mendapatkan khidmat Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

Menurut sumber laman Facebook rasmi Melaka United Soccer Association – MUSA, Zainal Abidin telah diikat dengan perjanjian kontrak selama setahun.

Zainal Abidin, 57 tahun merupakan pengendali yang berpengalaman luas dalam kancah bola sepak tanah air, bukan sahaja sebagai jurulatih tetapi juga bekas pemain yang berpengaruh buat pasukan.

Zainal bersama Ketua Menteri merangkap Presiden MUSA, YAB Tn Hj Adly Zahari

Pada musim 2018, Zainal membimbing Pulau Pinang yang beraksi dalam saingan Liga Premier. Namun, skuad harimau kumbang mempamerkan aksi mengecewakan apabila hanya mampu menduduki tangga ke-10 liga.

Bagi Melaka United pula, pengalaman luas yang dimiliki Zainal Abidin Hassan diharap dapat membantu dalam menempa kejayaan buat pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-7 pada musim ini.

Melaka sebelum ini (musim 2018) mendapat khidmat ketua jurulatih dari Portugal iaitu Eduardo Almeida sebelum beliau dipecat pada bulan Mei lalu selepas Melaka mengalami kekalahan 2-1 bertemu Perak di laman sendiri.

Eduardo kemudiannya digantikan dengan E.Elavarasan bagi mengendali pasukan sehingga tamat musim ini yang menyaksikan beliau gagal membawa Melaka melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia.

Kredit foto: MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN