Zainal Abidin Hassan Yakin Pulau Pinang Mampu Layak Ke Piala Malaysia

Pengendali baharu skuad Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan menegaskan yang pasukannya itu mampu untuk mara ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Beliau bagaiamana pun optimis dengan peluang yang ada walaupun harapan ke saingan piala nasional tertua di Asia itu semakin menipis.

Harapan masih ada

Zainal merasakan peluang untuk mara itu ada selepas beliau melihat pasukannya itu tampil yakin sejak kehadirannya mengendalikan pasukan tersebut.

Hal ini berlaku selepas beliau melihat komitmen dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain Pulau Pinang di dalam sesi latihan yang dijalankan sejak beliau mengambil alih pasukan dari Ashley Westwood.

“Ruang itu memang sikit, tetapi peluang itu masih lagi ada,” kata beliau kepada Berita Nasional RTM.

“Kami perlu mengambil setiap perlawanan sebaik mungkin. Atas kertas memang pasukan Pulau Pinang seperti tak ada peluang tapi selepas dikaji, pemain masih boleh berusaha untuk berjaya.”

Walaupun anak-anak buah Zainal menunjukkan komitmen tinggi, beliau tetap mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan bagi mengembalikan maruah pasukan yang tercalar.

Antaranya adalah beliau mahu memulihkan semangat yang dalam kalangan pemain skuad Pulau Pinang yang semestinya kini sedang mengalami kelunturan semangat selepas gagal mengutip sebarang kemenangan setakat ini dalam Liga Super.

Muka baharu

Selain itu, Zainal juga memberikan bayangan yang beliau akan membawa muka-muka baharu ke dalam skuad Pulau Pinang ketika jendela perpindahan pertengahan musim nanti.

Walaupun bukanlah secara besar-besaran, namun rombakan skuad itu bakal menyaksikan Zainal melakukan beberapa perubahan kecil untuk meningkatkan skuad pasukan.

Jadi peminat Pulau Pinang, siapa yang ada mahu Zainal dapatkan?

Baca juga: Khalid Ali: “Malaysia Perlu 10 Ke 15 Tahun Untuk Capai Taraf Asia”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN