Zainal Abidin Hassan: Kemasukkan Balic Dan Angan Bantu Perbaiki Rentak Pasukan

Melaka United berjaya melakarkan kemenangan berharga sebelum Liga Super 2019 berehat untuk tempoh hampir 3 minggu untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri dan aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam aksi yang berlangsung pada Sabtu lalu, Melaka United merekodkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak dengan jaringan kemenangan dijaringkan oleh Patrick Reichelt di minit ke-74.

Selain dua gol Patrick Reichelt, satu lagi gol skuad Hang Tuah telah dijaringkan oleh Nazrin Nawi sementara gol The Bos Gaurus pula telah disumbangkan oleh Brendan Gan dan J. Partiban.

Lebih manis, ini merupakan kemenangan kedua mereka dalam 8 perlawanan di halaman lawan selepas kali pertama dan terakhir melakukannya dalam aksi kedua liga pada awal Februari lalu – menang tipis 1-0 ke atas PKNS FC di Shah Alam.

Di jendela perpindahan kedua ini, Melaka United terlebih dahulu telah membuat perubahan pemain import iaitu dengan kepulangan semula Luka Milunovic yang dipinjamkan ke Sabah.

Selain itu, pengurusan skuad Hang Tuah turut mengesahkan penyertaan dua pemain import baharu iaitu Dominik Balic dari Croatia dan Davy Claude Angan dari Ivory Coast.

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan berpuas hati dengan sumbangan Balic dan Angan untuk penampilan sulung mereka tetapi masih ada penambahbaikkan yang perlu dibuat.

FOTO: Melaka United SA

“Saya puas hati dengan keputusan tetapi banyak lagi kerja yang perlu dibuat oleh mereka (Balic dan Angan).

“Mereka baru sampai beberapa hari, sedang menyesuaikan diri, pertama kali bermain di Malaysia dan sedang menyesuaikan diri dengan keadaan dan juga cuaca,” ujarnya dalam sidang media.

Menurut Zainal Abidin lagi, mereka berdua kelihatan terjejas dan penat di penghujung perlawanan namun pengendali Melaka United itu yakin perkara ini akan dapat diperbaiki selepas ini.

“Nampak mereka sedikit terjejas di saat akhir tetapi dengan cuti yang panjang selepas ini, banyak lagi yang perlu kita lakukan,” tambah Zainal Abidin lagi kepada pihak media.

“Dalam separuh masa pertama, pergerakan pasukan sangat baik dengan kemasukkan dua import baharu. Kita ketinggalan dan mereka terus menunjukkan semangat yang cukup baik.

“Nampak berlainan daripada beberapa perlawanan sebelum ini kerana pemain menjalankan tugas dengan baik,” jelas pengendali berusia 57 tahun itu lagi mengenai keputusan perlawanan.

Kemenangan tersebut telah melonjak Melaka United ke kedudukan ke-4 liga, berkongsi 22 mata bersama Kedah dan Selangor namun masing-masing dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN