Zainal Abidin Hassan punya banyak kerja untuk dilakukan di Pulau Pinang.
Selepas terlepas slot untuk ke Piala Malaysia, Zainal kini perlu memastikan pasukannya tidak jatuh ke Liga Perdana berbaki 11 perlawanan lagi.
Jadi apa yang perlu dilakukan oleh beliau? Beliau perlu mencari pemain-pemain baharu untuk menguatkan skuad.
Lebih agresif
Menurut sumber kami, Zainal mahu mencari beberapa pemain baharu untuk menguatkan lagi kesebelasan utama beliau.
Tujuannya adalah untuk menjadikan skuad Pulau Pinang lebih agresif dalam perlawanan-perlawanan mendatang.
“Pemain yang ada sekarang bagus tetapi perlu dimantapkan dan dibantu lagi dengan tiga pemain import berkualiti setiap perlawanan.”
“Ketika bertemu JDT saya terpaksa menggunakan seorang import sahaja untuk membantu pemain tempatan namun tidak berjaya seperti bertemu Felda United sebelum ini.”
Menurut apa yang dikatakan oleh Zainal ini adalah seolah-olah beliau bakal mengubah barisan pemain import Pulau Pinang ketika ini.
Setakat ini, pemain seperti Diogo Ferreira dan juga Andrew Russell antara nama-nama yang kurang menyerlah dalam skuad Pulau Pinang ketika ini.
Pulau Pinang ketika ini masih lagi berada di tangga terbawah Liga Super, namun berjaya memperoleh kemenangan pertama liga selepas Zainal mengambil alih pasukan.
Kemenangan mereka hadir selepas menang 1-0 ke atas FELDA United di Jengka.
Baca juga: Gerrard Dilantik Jadi Pengurus Liverpool U-18, Janji Akan Latih Pemainnya Jadi Fizikal