Pengendali Kelantan Zahasmi Ismail berbangga dengan pencapaian yang diperoleh oleh anak-anak buah beliau di Kuantan.
Kelantan berjaya menang 2-3 di tempat lawan hanya beberapa hari selepas pasukan tersebut dipotong 6 mata.
Dipetik daripada Mstar Online, Zahasmi berkata kepada media selepas tamat perlawanan :
“Walaupun sudah dipotong enam mata, tetapi para pemain-pemain bermain dengan penuh bersemangat untuk mengejar kembali apa yang telah berlaku.”
Ianya jelas dibuktikan dengan kejayaan mereka bangkit ketika ketinggalan 2-1. Ghaddar menyumbat 2 gol untuk memastikan Kelantan membawa pulang 3 mata sangat berharga.
Zahasmi turut memuji sikap dan disiplin para pemain beliau di dalam perlawanan tersebut. Mereka kekal fokus meskipun lawan mereka berada dalam prestasi terbaik.
Tambah Zahasmi lagi:
“Disiplin yang ditunjukkan juga dapat menghalang serangan bertubi-tubi daripada Pahang. Ini petanda yang baik untuk kita meneruskan perjuangan.”
Zahasmi juga memberikan pujian kepada aksi Celin dalam perlawanan ini. Meskipun masa depan Celin dilihat sudah ditentukan, beliau kekal komited di dalam padang.
Kelantan menjadi pasukan pelawat pertama yang mencuri 3 mata dari Darul Makmur musim ini. Mereka meneruskan rekod unik di tempat lawan.
Kelantan masih belum tewas di tempat lawan dalam saingan Liga Super 2017. Daripada 7 perlawanan di tempat lawan setakat ini, 6 kemenangan dan 1 seri dicatatkan.
Kini pasukan Kelantan harus memperbaiki rekod mereka di Kota Bharu.
Buat masa ini, KAFA masih belum bercadang untuk membuat rayuan berhubung dengan isu dipotong 6 mata kerana kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih.
Baca juga: Hari Terakhir EFL Championship Penuh Drama, Newcastle Juara, Blackburn Tersingkir