Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail menyifatkan persembahan cemerlang Kelantan ketika perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah tempoh hari adalah persembahan sebenar mereka.
Kelantan yang sebelum ini mengalami kekalahan 3 berturut-turut dalam saingan Liga Super berjaya bangkit dalam saingan Piala Malaysia apabila 2 gol Abou Bakr Al-Mel dan 1 gol Morgaro Gomis membantu pasukan itu menang 3-1 di Kota Bharu.
Bagi Zahasmi, para pemain Kelantan berjaya mengembalikan rentak asal pasukan walaupun baginya masih lagi ada beberapa kepincangan dalam gaya permainan mereka.
“Saya boleh katakan yang pasukan saya sudah mula kembali bermain permainan sebenar kami.”
“Walaupun masih lagi tidak mengikuti 100% seperti yang saya mahukan, saya tetap berpuas hati.”
Impak segera yang diberikan oleh Zahasmi nyata memberikan nilai positif kepada pasukan Kelantan. Hal ini kerana ketika ini beliau mengambil alih tugas mengendalikan pasukan dari pengarah teknikal mereka iaitu Alfredo Gonzales.
Ketika ini Gonzales tidak bertugas untuk sementara waktu kerana atas faktor kesihatan.
Kehadiran Gonzales ke skuad Kelantan mencetuskan keraguan diantara penyokong Kelantan.
Hal ini kerana sejak Gonzales mengambil alih pasukan Kelantan pasukan tersebut sepertinya terumbang-ambing dari segi prestasi.
Sumber:
- Sinar Harian (2017): ‘Ini Kelantan sebenar’; http://www.sinarharian.com.my/sukan/ini-kelantan-sebenar-1.705496