Zafuan Azeman Tak Jadi Sertai Kelab Korea Selatan

Minggu lepas, penyerang muda Kedah yang juga penyerang skuad Malaysia Bawah 19 Tahun, Zafuan Azeman berlepas ke Korea Selatan bagi menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga K3, Yangju Citizen FC selama 2 minggu bermula 1 Mei 2018.

Difahamkan peluang itu hadir selepas Zafuan berjaya menarik perhatian pengurusan kelab itu ketika mewakili skuad bawah 19 tahun negara dalam pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Korea Selatan, Oktober lalu.

Ketika itu, jaringan Zafuan berjaya membantu Malaysia menewaskan Brunei 1-0 pada minit ke 76.

Walaubagaimanapun, selepas 2 minggu menjalani ujian pemilihan bersama kelab divisyen 3 itu, Zafuan memilih untuk pulang berbakti dengan Kedah dan menolak untuk sertai kelab Korea itu atas beberapa faktor.

“Sebelum ini beliau yang berkelana selama 2 minggu di Korea Selatan dengan menjalani ujian bersama kelab JaengJu FC pulang ke tanahair minggu lepas dan menerima reaksi positif dari kelab divisyen 3 Korea itu.

“Walaupun menolak tawaran kelab tersebut atas beberapa faktor, beliau mahu fokus untuk terus berbakti bersama skuad hijaukuning dan kebangsaan,” kata kenyataan di laman facebook rasmi KFA.

Menurut admin laman facebook KFA, tawaran itu terpaksa ditolak setelah menimbangkan beberapa faktor seperti kewangan dan gaya hidup di negara tersebut.

Sebelum ini, penyerang muda yang berasal dari Perlis itu pernah mengintai peluang beraksi di Thailand dan menunggu maklum balas dari satu kelab yang berpangkalan di negara Gajah Perang itu.

Zafuan yang kini berada di Malaysia akan menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 19 Tahun negara kendalian Bojan Hodak di Wisma FAM bagi persediaan Kejohanan AFC B-19 yang berlangsung di Indonesia Oktober ini.

Malaysia B-19 akan membuka kempen bertemu Arab Saudi pada 20 Oktober nanti di Stadium Patriot, diikuti aksi menentang Tajikistan pada 23 Oktober, juga di Stadium Patriot dan China pada 26 Oktober di Stadium Pakansari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN