Zac Anderson Tak Lagi Resah Isu Kecederaan, Sedia Rebut Tempat Semula Di Skuad Kedah

Pertahanan Kedah, Zac Anderson berasa amat bersyukur selepas kecederaan yang diterima beliau kini sudah pun pulih.

Menurut MStar, pertahanan Kedah tersebut mengalami kecederaan pinggul selama hampir 2 bulan dan kerana itu beliau terpaksa melupakan perlawanan akhir Piala FA Malaysia tempoh hari yang menyaksikan pasukan beliau muncul juara.

Beliau rasa lega kerana tempoh perpindahan Liga Malaysia sudah berakhir, barangkali risau bakal ditamatkan kontrak ketika pertengahan musim atas faktor kecederaan yang dialaminya.

Gambar: Zulfachri Zulkifli/Asiana

Anderson dikatakan telah pulang ke Australia untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar mengenai kecederaan yang dialami beliau.

Hasilnya kini, beliau telah pun kembali pulih dan tidak lagi merasai kesakitan di bahagian pinggul.

“Saya telah dapatkan rawatan dari doktor pakar di Australia dan hasilnya saya tidak lagi berasa sakit.”

Kini, Anderson sudah pun kembali menjalani latihan bersama skuad Kedah sebagai misi untuk mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi mereka pada tahun lalu.

Selain itu, beliau dalam misi untuk kembali menyakinkan Nidzam Adha yang beliau berhak bermain di kesebelasan utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN