A-Z Bola Sepak Domestik Malaysia 2017

Apakah peristiwa A-Z yang terlintas dalam kepala kami di semuanyaBOLA? Ini adalah senarainya.

A – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa akhirnya melepaskan jawatan beliau di dalam KAFA setelah bersama-sama dengan KAFA sekian lama

B – Bibi Ramjani

Bibi Ramjani menjadi wanita pertama menjadi Presiden KAFA. Beliau berjaya memberikan motivasi kepada pasukan dan menyelesaikan hutang

C – Cuti

Cuti dalam kalendar bola sepak domestik musim ini telah dikritik teruk. Cuti panjang pada puasa dan kemdiannya cuti untuk memberikan laluan kepada sukan SEA. Tak lupa juga Liga Super rehat panjang di antara perlawanan ke-21 dan ke-22.

D – Dollah Salleh

Dollah Salleh dianggap melakukan tuduhan liar kepada pengadil dan FAM. Beliau digantung panjang selama 18 bulan dan denda RM30,000

E – Empat

JDT menjuarai Liga Super untuk 4 kali berturut-turut. Pasukan pertama di Malaysia yang melakukannya.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Faccebook

F – Final Specialist

Kedah menjadi pakar perlawanan akhir dalam pertandingan piala. Mara dalam 2 final dan satu perlawanan Sumbangsih musim ini.

G – Ghaddar

Ghaddar menjadi fenomena ketika kepulangan semual ke pasukan Kelantan. 18 gol pada separuh musim liga dan memecahkan rekod perpindahan Liga M dipercayai sekitar RM2 juta.

H – Hadiah

JDT telah memutuskan untuk mendermakan hadiah kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

I – Ini  bukan Bujang Senang!

Logo baru Sarawak FA yang dilancarkans sekali dengan pelancaran jersi menerima kritikan hebat. Penyokong Sarawak menyatakan ‘Ini bukan bujang senang, ini buaya colop!’

Kredit: Sarawak FA

FAS tampil dengan penjelasan dan menyatakan ada sedikit masalah teknikal dan berusaha untuk mengeluarkan ‘patch’ logo baru yang akan diberikan percuma kepada pembeli jersi asli.

J – Jari tengah

Insiden melibatkan Syamim Yahya ini membuatkan pemain ini digantung. Aksi dirakam secara langsung. Syamim menujukannya kepada rakan dan lupa yang perlawanan ini disiarkan secara langsung

K – Kena potong

Kelantan, ATM, Perlis dan T-Team dikenakan hukuman potong mata pada musim ini kerana kegagalan mengemukakan beberapa laporan dan dokumen kepada FMLLP.

L – Lesen

Kredit: FA Selangor

Musim 2017, semua pasukan diwajibkan menyiapkan lesen Liga Super, Liga Perdana untuk memastikan mereka boleh bermain di Liga Super pada musim akan datang. Banyak pasukan bergelut untuk menyiapkannya tetapi usaha tegas FMLLP ini membuahkan hasil lebih baik musim ini.

M – Milik siapa?

Awal musim 2017, berlaku perebutan di antara Felda United dan Kedah untuk Rizal Ghazali. Pemain tersebut dikenakan tindakan kerana melanggar perjanjian dengan Felda United dan menjadi milik Kedah.

N – No!

Penyokong Pulau Pinang melancarkan petisyen dan kempen boikot kepada jersi baru yang dilancarkan awal musim kerana terlalu buruk. Legea kemudian tampil menjelaskan, ia adalah jersi alternatif untuk sementara kerana jersi sebenar telah dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab. Legea kemudian menukar jersi tersebut.

O – Ofsaid

Gol ofsaid Perak yang dibatalkan ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menjadi topik hangat di media sosial. Kredibiliti pengadil kita sekali lagi menjadi tumpuan.

P –  Pund**

Kontroversi menyelubungi kapten JDT dan Malaysia, Safiq Rahim dengan kata-kata kesat dikatakan ditujukan kepada haters. Dalam majlis keraian Piala Malaysia, TMJ mengingatkan Safiq Rahim, ‘Jangan sebut pund** pund**.’

(Amaran: Jangan mencarut!)

Q – Que Puteh tak jadi

Datuk Seri Vida dilaporkan berminat menjadi Presiden KAFA dengan syarat penyokong Kelantan menyokong produk Que Puteh dan Pamoga. Namun beliau kemudian tidak menghantar pencalonan

R – Rasuah

3 pemain MISC-MIFA ditangkap dalam skandal mengatur perlawanan. Tindakan pengurusan MISC-MIFA yang pro-aktif membantu SPRM dipuji

3 pemain MISC-MIFA diiring pegawai penyiasat SPRM

S – Siaran langsung

Peminat bola sepak Malaysia digemparkan tindakan KFA menolak siaran langsung dari Stadium Darulaman. Sebelum itu turut dilakukan oleh Pahang.

T – Tiket

Isu tiket terus mejadi perdebatan terutama sekali pada perlawanan ini. Musim ini banyak sekali diluahkan di media sosial berkaitan pembahagian tiket yang masih diganggu orang politik

U – U-turn

4 pemain kebangsaan telah kembali daripada persaraan untuk membantu Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019.

V – Veteran

Pemain tempatan veteran masih ramai menjadi pemain utama dalam pasukan terutama sekali dalam liga Super. Dalam bola sepak, 30 tahun ke atas sudah boleh dikira veteran.  Amri Yahyah, Shukor Adan, Safiq Rahim, Safee Sali, Farizal Harun, Indera Putra Mahyuddin, Ronny Harun, Razman Roslan dan S.Kunanlan, antara yang masih menjadi tonggak utama dalam pasukan masing-masing.

W – Weigang

Bola sepak Malaysia bersedih dengan pemergian legenda dari Jerman, mendiang Karl Heinz Weigang. Weigang yang datang membantu menyelamatkan Perak sebelum itu terpaksa pulang ke Jerman selepas tiada persefahaman dengan pihak PFA.

Kredit: Free Malaysia today

X – X-ray

Kelantan membatalkan urusan kontrak dengan Okiki Afolabi, Cedric Djeugoue kerana ujian x-ray menunjukkan 2 pemain ini masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. 2 pemain ini memiliki rekod karier yang agak mengujakan. Afolabi dikatakan ada kesan kecederaan ACL dan dirahsiakan oleh beliau.

Y – Yang panas

Antara isu yang panas musim ini adalah stamping. Antara perkataan yang popular musim ini. Pada awal musim FAM membuat 2 kenyataan media berasingan untuk isu ini. Dan pada akhir musim, ia berlaku dalam kem kebangsaan.

Z – Zon penyingkiran

Pertarungan Sarawak dan Kelantan pada hari terakhir untuk kekal di Liga Super agak dramatik. Celin masuk sebagai pemain gantian dan menjadi inspirasi kejayaan Kelantan. Sarawak gagal menang di Kuching walaupun mendominasi perlawanan.

Kredit:TRW, Facebook

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN