Yuta Suzuki Ikat Kontrak Setahun Dengan Skuad The Red Warriors

Yuta Suzuki bakal menjadi pemain kedua dari Jepun yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia selepas Kuala Lumpur menandatangani Ryutaro Karube minggu lalu.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pemain Jepun yang berusia 28 tahun itu bersetuju untuk menyarung jersi pasukan itu musim depan.

Bibi berkata, pemain itu akan hadir di wisma KAFA esok untuk menandatangani kontrak selamat setahun.

“KAFA mengucapkan selamat datang kepada pemain ini dengan harapan agar kehadirannya dapat memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.

“KAFA berharap dengan kemasukan pemain import yang berpengalaman ini dapat mengimbangi kekuatan barisan muda agar beraksi lebih konsisten selepas ini,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Yuta Suzuki merupakan tonggak utama Pnom Penh Crown FC musim lalu. FOTO: PPC

Sama seperti Ryutaro Karube, Yuta Suzuki turut memulakan karier bola sepaknya dengan pasukan universiti iaitu Senshu University Soccer Team pada tahun 2009 hingga 2013.

Selepas tamat universiti, beliau menyertai pasukan FC Suzuka yang beraksi dalam liga amatur jepun pada tahun 2014 hingga 2015. Suzuki kemudian berkelana ke eropah menyertai sebuah kelab dari Republik Czech iaitu SFC Stara Rise pada tahun 2016 sebelum berhijrah ke asia tenggara dengan menyertai kelab kemboja, Phnom Penh Crown FC pada tahun 2017.

Pemain yang beraksi di posisi tengah ini sering membarisi kesebelasan utama Phnom Penh Crown FC dan pernah dipilih menyertai skuad Cambodia All Star pada tahun 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN