Yusril Maulana Tekad Bantu Shah Alam Antlers Cipta Kejayaan Dalam Saingan Liga M5

Yusril Maulana

Pemain berasal dari Samarinda, Kalimatan Timur, Yusril Maulana  mengikuti jejak langkah pemain dari Indonesia yang beraksi di Malaysia seperti Evan Dimas dan Ilham Udin apabila beliau akan mewakili Shah Alam Antlers.

Shah Alam Antlers akan menyertai Liga Malaysia Divisyen 5 (M5) yang mula diperkenalkan musim ini.

Yusril Maulana bersama-sama seorang pemain dari Nigeria dan Mesir akan menjadi tonggak import buat kelab bola sepak komuniti yang berpengkalan di Shah Alam itu.

Walaupun sekadar beraksi dalam saingan Liga M5, Yusril jelas bersyukur dengan peluang yang diberikan setelah beliau kecewa keinginan untuk beraksi bersama skuad bawah 19 tahun Bali United dan Borneo FC tidak kesampaian.

”Alhamdulillah kerana saya mendapat tempat untuk beraksi di Malaysia. Semoga saya dapat memberikan yang terbaik buat pasukan,” jelas Yusril.

”Mungkin belum sampai waktunya untuk saya bermain di Indonesia. Tetapi saya mengharapkan akan dapat beraksi di negara sendiri.”

Sehubungan dengan itu, Yusril tetap bersemangat untuk membuktikan kualiti yang dimiliki beliau selaku pemain import dan amat besar harapannya untuk mengharumkan nama Indonesia disini.

”Misi saya adalah untuk membawa kelab (Shah Alam Antlers) menjuarai liga musim ini dan dengan harapan dapat juga membawa saya ke skuad kebangsaan Indonesia.”

”Sekiranya menjadi juara, pasukan kami akan dinaikkan pangkat ke Divisyen 4 dan turut mendapat slot ke Piala FA Malaysia. Maka, kami dapat bertemu pasukan-pasukan hebat seperti Selangor dan Kuala Lumpur,” jelas Yusril Maulana lagi.

Menurut akhbar Berita Harian pada 15 April lalu, pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mengesahkan sebanyak 194 pasukan bakal bertanding dalam saingan Liga Malaysia Divisyen 5 (M5) yang melibatkan 14 liga amatur yang akan dianjurkan oleh penganjur swasta dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN