Yusri Che Lah: Teknikal Dan Fizikal Pemain Skuad Projek FAM-MSN Semakin Maju

Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah

Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah mengharapkan peningkatan daripada anak buahnya menjelang baki saingan Liga Premier selepas melakukan persiapan yang lebih menyeluruh berbanding semasa mereka mula dilkumpulkan pada Februari lalu.

Sudah dapat mengesan kemajuan teknikal dan fizikal dalam kalangan pemain, Yusri mahu melihat anak-anak buahnya tidak lagi gentar ketika berdepan pemain-pemain senior serta import yang mempunyai tahap permainan berbeza.

Namun begitu, Yusri tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain-pemain dalam mendapatkan kemenangan tetapi boleh memperbaiki beberapa kelemahan ketara yang terpancar semasa melalui 11 perlawanan terdahulu di Liga Premier.

“Selepas lima bulan dikumpulkan sejak Februari lalu, bulan lalu boleh saya katakan seperti pra musim pertama buat pasukan kerana kami hanya sempat bersama beberapa minggu sahaja sebelum liga bermula.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, kami belum hadapi mana-mana perlawanan lagi dan tempoh ini amat baik kepada kami lakukan persiapan yang telah memasuki tempoh sembilan minggu ini.

“Jika dilihat perlawanan-perlawanan dahulu, mereka kerap beri laluan mudah kepada pesaing dalam liga serta lepaskan jaringan berturut-turut dalam tempoh yang singkat selain pada awal serta akhir minit permainan.

“Dengan latihan yang sistematik, saya sudah nampak lebih 50 peratus pemain dalam skuad ini telah pamerkan pemahaman taktikal yang amat ketara dan aspek kecergasan, jadi saya perkara ini dapat diterjemahkan kepada saingan liga nanti,” katanya.

Skuad Projek FAM-MSN kini menduduki tangga terakhir Liga Premier selain belum meraih sebarang kemenangan setakat ini apabila sekadar meraih dua keputusan seri daripada 11 perlawanan.

Pasukan ini sering kali mencatat kekalahan besar kepada kebanyakan pasukan seperti Terengganu FC II (1-6), Sarawak United FC (1-7) dan Johor Darul Ta’zim II (0-5) yang sering kali mengundang kritikan orang ramai.

Situasi itu bagaimanapun diterima dengan hati terbuka oleh Yusri kerana baginya, setiap peminat pasti mempunyai persepsi tersendiri dalam memberikan pendapat.

Cuma beliau mengharapkan orang ramai boleh bersikap lebih positif serta memberikan cadangan yang lebih membina dengan melihat masa depan pemain-pemain muda ini masih jauh dalam pentas bola sepak negara.

“Para pemain saya adalah manusia biasa dan ada kalanya mereka juga terkesan dengan kata-kata netizen namun bagi saya, saya faham semua orang ada persepsi tersendiri kepada pemain-pemain skuad projek ini.

“Cuma saya harapkan orang ramai janganlah terus menerus menghukum mereka kerana dibimbangi jika situasi ini berterusan, kita bimbang mereka boleh hilang dari sukan bola sepak untuk melangkah lebih jauh.

“Mereka ini merupakan rangka pertama skuad projek untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi dan seandainya kita sentiasa berikan kata-kata positif yang menjurus kepada persembahan pemain, saya rasa ini akan mewujudkan persekitaran yang baik buat mereka.

“Janganlah semasa mereka bagus nanti, kita baharu hendak bagi sokongan namun semasa di bawah, kita berikan kata-kata yang negatif, sebaliknya cuba kita berikan ayat-ayat positif kepada pemain.

“Pesan saya kepada pemain, anda semua masih muda dan janganlah terlalu kerap membaca mesej-mesej negatif di media sosial kerana kelak ia sekadar menimbulkan kegusaran dalam keperibadian kamu untuk melangkah jauh dan buat masa sekarang, terus berusaha di atas padang sehingga satu hari nanti anda boleh buktikan kepada semua,” katanya. – MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Rabih Ataya Makin Membara Lepas Meledak Bersama Lubnan

Perbandingan Saluran YouTube Kelab Liga Super: Mana Yang Menarik? Mana Yang Jelek?

Fauzi Harap Bernhardt Beri Lebih Kepercayaan Untuk Bantu UiTM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN