Yusri Che Lah Sedia Pulihkan Semula Prestasi Kelantan Dalam Liga Malaysia

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) semalam mengumumkan pihaknya melantik semula bekas pengendali pasukan itu, Yusri Che Lah sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan Marko Kraljevic yang ditamatkan kontrak.

Menurut Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas melihat Yusri adalah calon paling layak untuk mengendalikan Kelantan selepas ketiadaan Kraljevic.

Beliau juga akrab dengan barisan pemain muda dan dilihat amat sesuai untuk mengembalikan pasukan ke landasan yang sebenar dalam beberapa perlawanan berbaki selepas ini.

Namun kepulangan Yusri menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong kerana pada November tahun lalu, beliau menolak tawaran untuk membimbing pasukan itu apabila memilih mengemudi skuad Warga Kota.

Keputusan itu tampak mengejutkan apatah lagi Kelantan ketika ini berdepan dengan kemelut dalaman yang membabitkan pihak pengurusan dan tunggakan gaji pemain.

“Saya bukan terdesak.

“Saya bukan seorang jurulatih yang mempunyai nama besar seperti Irfan Bakti (Abu Salim), Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh kerana mereka telah mencapai kejayaan besar dalam kancah bola sepak Malaysia.

“Saya harus mendukung peluang yang ada kerana saya fikirkan ia satu kebaikan untuk dilaksanakan,” katanya dalam Stadium Astro.

Yusri Che Lah ketika membimbing skuad Kuala Lumpur musim ini. FOTO: KL Hawks

Yusri dijangka akan memulakan tugas bersama Kelantan selepas selesai mengikuti kursus kejurulatihan Diploma AFC Profesional di Kuala Lumpur.

Perkara utama yang mahu dilakukannya bersama Kelantan adalah mengekalkan khidmat bintang tengah skuad kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan beberapa pemain muda yang menjadi buruan beberapa pasukan gergasi tempatan.

“Itu yang saya ingin lakukan supaya pemain-pemain ini terus memulihkan Kelantan secara amnya dan secara khususnya terpilih mewakili negara untuk Sukan SEA Filipina 2019,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN