Yusri Che Lah Pasrah, Terima Apa Saja Keputusan Pihak Pengurusan

Yusri Che Lah

Malam yang sukar buat Kuala Lumpur dan Yusri Che Lah. Mereka hampir berjaya untuk menundukkan Selangor namun akhirnya tunduk 2-3 dengan kebangkitan lawan di babak kedua.

Kuala Lumpur terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan dua jaringan oleh Syafwan Syahlan dan Indra Putra Mahayuddin, namun lawan berjaya bangkit dengan 3 gol selepas itu.

Ledakan gol oleh Sandro da Silva, Syazwan Zainon dan Amri Yahya memberikan 3 mata penuh buat Selangor yang juga belum pernah menang dalam lima perlawanan sebelum menentang mereka.

Pengendali skuad Warga Kota, Yusri Che Lah jelas tampak kecewa dengan perkara ini dan tidak menyembunyikan kesedihannya dalam sesi post match reaction bersama iflix malam tadi.

“Saya tidak boleh nak kata apa (mengenai kekalahan). Saya pasrah dengan keadaan. Saya juga menerima apa saja yang bakal ditentukan oleh pihak pengurusan terhadap saya.

“Seandainya ia baik untuk pasukan, saya perlu menerima dengan hati yang terbuka dan sedia berbincang untuk masa depan yang terbaik buat pasukan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Kuala Lumpur masih dibelenggu dengan rentetan kekalahan dan ianya telah memasuki 5 perlawanan dengan skuad kendalian Yusri Che Lah kini masih terperosok di dasar Liga Super.

“Saya memuji kesungguhan mereka cuma nasib belum memihak kepada kami dalam 5 perlawanan, pada saya ia sesuatu yang sukar untuk diterima,” ujarnya lagi dalam nada yang kecewa.

Pada awal musim lalu, skuad Warga Kota berjaya meraih 6 mata daripada dua kemenangan dalam lima perlawanan pertama liga.

Namun, kurang 1 perlawanan berbanding pasukan lain, mereka seharusnya masih boleh mengubah keadaan pasukan dalam baki 1 perlawanan tersebut untuk keluar dari dasar liga.

Dalam aksi derbi Lembah Klang ini, mereka tampil dengan sangat baik, menekan Gergasi Merah dengan mendahului dua gol di babak pertama namun ia masih tidak cukup buat mereka.

Kali terakhir Kuala Lumpur berjaya menewaskan Selangor adalah pada April 2007 dalam saingan Piala Malaysia dan selepas itu Gergasi Merah gagal ditumbangkan dalam 14 perlawanan.

Rehat panjang selepas ini wajar digunakan dengan baik oleh mereka sebelum dijadualkan akan turun menentang rakan di dasar liga, PKNP FC – perlawanan penting buat Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN