Yusri Che Lah: Laluan Kelantan Ke Liga Super Tidak Mudah

Yusri Che Lah

Musim lepas Kelantan menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ke-10 daripada 11 pasukan dan terselamat dari tersingkir ke Liga M3. Lebih parah lagi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terpalit dengan pelbagai isu terutamanya masalah tunggakan gaji pemain.

Musim ini di bawah pengurusan baharu yang diharapkan dapat menyelesaikan segala kemelut yang berlaku, Kelantan bercita-cita tinggi dengan meletakkan sasaran tuntuk layak ke saingan Liga Super 2021.

Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah dalam temubualnya bersama Sinar Harian menjelaskan, sekalipun beliau optimis The Red Warriors memiliki peluang cerah untuk meraih slot ke liga elit itu, ianya bukan lesen untuk pasukannnya memandang mudah cabaran dari pasukan-pasukan lain.

Kredit Foto: Kelantan FA

“Saya tidak rasa faktor ada empat feeder club dalam Liga Premier akan memudahkan kami mendapatkan tiket ke Liga Super. Tujuh pasukan lain yang bukan feeder club itu juga mesti mahu tiket tersebut.

“Kita tahu pasukan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan UKM FC memiliki keupayaan dan kekuatan tersendiri. Mereka bakal menjadi pencabar kepada kami dalam memburu slot ke Liga Super,” katanya.

Beberapa jurulatih skuad Liga Premier sebelum ini menyuarakan nada yang sama mengenai peluang pasukan masing-masing untuk layak ke Liga Super memandangkan terdapat empat pasukan simpanan yang tidak akan dipromosi.

Namun menurut Yusri, untuk layak, mereka perlu mengutip sebanyak mungkin mata termasuk apabila berdepan dengan semua pasukan simpanan dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

“Kita juga perlu menentang feeder club yang kita tahu kualiti yang ada pada mereka. Mata yang bakal diperolehi ketika melawan mereka itu bagi saya akan jadi penentu sama ada kita akan mampu mendapatkan tempat di Liga Super.

“Pada masa sama, kita perlu menentang tujuh lagi pasukan yang mempunyai misi sama. Jadi saya tak rasa ia sesuatu yang mudah untuk Kelantan,” katanya.

Oleh yang demikian, jurulatih berusia 43 tahun itu menyeru barisan pemainnya agar memberi komitmen kepada setiap perancangan dan tidak berada di zon selesa sehingga boleh memberi kesan negatif kepada pasukan.

“Walaupun orang ramai menilai perkara (layak ke Liga Super) lebih mudah namun, bagi saya ia sesuatu yang belum pasti. Yang pasti kita tidak boleh terikut dan dibuai dengan situasi mudah itu,” katanya.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN