Pengendali skuad Kelantan, Yusri Che Lah ada alasan tersendiri kenapa The Red Warriors terus menjadi pasukan yang bergelut dengan prestasi dan menduduki tangga terakhir.
Yusri berkata, alasan utama mereka adalah ketiadaan pemain import sebagai punca mengapa mereka tewas kepada Negeri Sembilan 3-1 di Paroi.
Seterusnya Yusri menganggap isu antara sebab kenapa Kelanta terus kalah dan berada di dasar liga. Yusri berpandangan pasukan lain sentiasa memiliki kelebihan berbanding Kelantan kerana mereka memiliki pemain import.
Menurut Yusri lagi: “Tidak begitu banyak perubahan dapat dilakukan pada baki musim ini – dan terpaksa meneruskan kempen dengan pemain yang sedia ada.”
Buat masa ini Kelantan hanya ada seorang pemain import. Namun berada dalam senarai kecederaan.
Lebih teruk apabil Yusri Che Lah sebenarnya meletakkan pemain Cassio De Jesus dalam risiko. Ini kerana beliau mengakui terpaksa menggunakan pemain itu walaupun masih tidak pulih sepenuhnya.”
Yusri berkata: “Kami terpakasa menggunakan khidmat Cassio De Jesus walaupun beliau belum pulih sepenunya. Hal ini kerana kami tiada pilihan.
Alasan Yusri adalah, sekurang-kurangnya dengan adanya Cassio di atas padang akan menyuntik semangat pemain tempatan yang lain.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menjelaskan: “Setidak-tidaknya Cassio dapat menyuntik semangat pemain tempatan lain. Dalam perlawanan akan datang kami perlu berusaha mengubah kedudukan kami pada carta liga.”
Kelantan kehilangan 2 pemain import iaitu Raul Tarragona dan Flavio Beck Junior yang menamatkan kontrak mereka bersama pasukan itu.