Yusri Che Lah Kekal Sebagai Jurulatih Kelantan Musim Depan

Bekas jurulatih Perlis, Yusri Che Lah sah kekal sebagai jurulatih skuad The Red Warrios untuk saingan Liga Malaysia musim depan selepas menandatangani kontrak baharu untuk membimbing pasukan itu.

Presidennya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan perkara itu dalam laporan Berita Harian hari ini, hasil perbincangan pada pada 12 November lalu.

“Hasil pertemuan dengan Yusri memberikan keputusan positif memandangkan kita mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kembali ke Liga Super musim 2020.

“KAFA secara rasmi bersetuju melantik Yusri sebagai ketua jurulatih Kelantan musim depan,” katanya.

FOTO: Kelantan FA

Tamatkan spekulasi mengenai penghijrahan ke Kuala Lumpur

Pengesahan itu sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi mengenai penghijrahan jurulatih itu ke pasukan lain berikutan timbul khabar angin mengatakan Yusri Che Lah akan berhijrah ke Kuala Lumpur musim depan.

Musim ini Yusri berjaya membawa Kelantan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah pasukan itu dilanda kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super dan turut disahkan tersingkir ke Liga Premier musim depan.

Bibi Ramjani turut menjelaskan KAFA menyerahkan sepenuhnya mandat kepada Yusri menentukan pemain tempatan dan import yang akan mewakili skuad Kelantan.

“KAFA menetapkan sasaran untuk berada di kelompok teratas liga untuk melayakkan TRW kembali bersaing semula ke Liga Super,” katanya.

Yusri diberikan kepercayaan sebagai jurulatih TRW selepas dua jurulatih import pasukan itu – Sathit Bensoh (Thailand) dipecat dan Fajr Ibrahim (Syria) melepaskan jawatan masing-masing pada awal dan pertengahan musim ini .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN