Yusri Che Lah Hampir Umum Pasukan Penuh Kelantan Musim Baharu

Yusri

Ketua Jurulatih Kelantan FA, Yusri Che Lah, berkata beliau akan segera memuktamadkan senarai penuh skuad utamanya bagi menghadapi musim baru.

Lantas pengendali Kelantan itu memberikan bayangan bahawa aksi pra musim berhadapan Terengganu selepas ini sebagai medan penting untuk memilih siapa yang bakal menyarung jersi skuad Kelantan.

Kelantan masih segar dengan kemenangan dalam aksi pra musim menentang pasukan Kedah.

Yusri berkata kepada Stadium Astro: “Saya tidak boleh menunggu lama untuk menamakan skuad penuh kerana banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam masa tujuh minggu ini sebelum sepak mula Liga Perdana, hujung bulan Februari.”

“Musim lalu, TRW menggunakan 100 peratus khidmat pemain muda tetapi musim ini, saya bercadang untuk menggunakan beberapa orang pemain berpengalaman untuk seimbangkan pasukan serta membimbing pemain muda,” katanya kepada media selepas aksi menentang Kedah berakhir.”

Ditanya tentang barisan pemain import beliau, Yusri masih lagi dalam proses menguji berapa lagi calon.

“Setakat ini, TRW masih menguji dua penyerang import iaitu Odili Felix Chidi (Nigeria) dan Ansumana Agogo Kromah dari Liberia.”

“Untuk bahagian tengah, kami masih menilai pemain tengah dari Kyrgyzstan, Bektur Talgat Uulu, dan Eze Kingley Obomneme (Nigeria).”

“Mereka (awang import) akan terus diberi peluang dalam aksi persahabatan ketiga selepas ini untuk menunjukkan kemampuan diri sebelum senarai penuh pemain TRW akan dimuktamadkan,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN