Datuk Wira Yusoff Mahadi yang merupakan Timbalan Presiden FAM dan juga pengurus pasukan bagi skuad bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur meletakkan harapan tinggi kepada pasukan.
Hasil laporan Astro Awani, Yusoff Mahadi meletakkan sasaran untuk mara ke perlawanan akhir memandangkan skuad negara beraksi di laman sendiri pada edisi Sukan SEA kali ini.
“Sememangnya sukar untuk pasukan negara bermain di hadapan penyokong sendiri.”
“Sasaran saya ada untuk sampai ke perlawanan akhir supaya pasukan negara akan beraksi pada malam terakhir temasya.”
Menurut Yusoff, pastinya penyokong bola sepak negara mahukan yang terbaik dari pasukan dan tewas di pusingan awal pastinya merupakan keputusan yang tidak boleh diterima.
“Ia adalah satu kekecewaan andai pasukan gagal mencapai sasaran dan ia pastinya mengecewakan seluruh penyokong negara.”
Skuad Sukan SEA akan berangkat ke China untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang skuad B-22 China serta skuad simpanan Guangzhou R&F dan juga skuad simpanan Guangzhou Evergrande.
Selepas itu, skuad Sukan SEA akan menentang Melaka United selepas pulang dari China.