Yusoff Mahadi: Pintu Sentiasa Terbuka Untuk Wan Kuzain & Wan Kuzri, Tetapi…

MFL

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menyatakan, tiada alasan untuk FAM menutup pintu kepada pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain dan Wan Kuzri Wan Kamal bagi mewakili skuad kebangsaan.

Tetapi, ada syarat yang perlu mereka lalui. Di mana setiap pemain seperti Wan Kuzain dan Wan Kuzri, akan melalui tapisan oleh jawatankuasa yang terlibat dalam proses merekrut pemain.

Yusoff Mahadi menegaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM berkata, pihak beliau sentiasa aktif untuk mencari bakat baharu, di dalam dan di luar negara – yang boleh dibawa masuk untuk mewakili Harimau Malaya.

Jawatankuasa tersebut melakukan tugas mereka menerusi Jawatankuasa Teknikal Pemilihan Pemain. Mereka yang terlibat dalam jawatankuasa ini terdiri daripada jurulatih pakar yang akan menilai terlebih dulu ubi-ubi bahar (bakat-bakat muda yang baharu).

Kemudiannya, bakat-bakat ini akan dicadang untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan selepas menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Bercakap kepada Arena Metro, Yusoff Mahadi menegaskan: “Semua pemain, termasuk Wan Kuzri, yang berada di luar negara, untuk mereka dipanggil balik, sudah pastinya selepas jawatankuasa ini membuat kajian dan pemerhatian terlebih dahulu.”

https://twitter.com/ArenaHM/status/1172004407812055047

“Jika mereka memang pemain yang hebat dan berbakat, sudah pastinya jawatankuasa ini akan mencadangkan kepada kita -nama pemain untuk dibincangkan.”

Yusoff kemudian menegaskan, jika sebelum ini Malaysia menyambut baik pemain naturalisasi, maka pemain berdarah Malaysia seperti adik beradik Kuzain dan Kuzri pastinya lebih dialu-alukan.

Walaubagaimanapun, kesemua proses itu melalui satu penilaian yang teliti agar para pemain memenuhi tahap yang dikehendaki oleh FAM.

Sebelum ini, FAM mengesahkan Wan Kuzain ada menghubungi mereka bahawa pemain itu mahu mewakili Malaysia B-23 untuk temasya Sukan SEA pada hujung tahun ini.

Selain daripada Wan Kuzain, adik beliau, Wan Kuzri juga dianggap bakat prospek yang sedang beraksi di Amerika Syarikat.

Yusoff Mahadi kemudiannya memberitahu wartawan bahawa, jika pemain menepati kriteria yang ditetapkan, pihak FAM akan berbincang dengan ibu bapa kepada pemain tersebut. Ini kerana pemain seperti Wan Kuzri yang masih lagi muda.

Beliau juga mendedahkan bahawa pihaknya sedang memantau dan mencari bakat-bakat lain, tidak terhad kepada Wan Kuzain dan Wan Kuzri sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN