Yusoff Mahadi: “Kami Dalam Proses Tukar Melaka United Kepada Melaka City”

Pada 2013, Persatuan Bola Sepak Melaka mengambil keputusan untuk menukarkan nama Melaka FA kepada Melaka United. Ianya menandakan revolusi di dalam bola sepak Melaka.

Pasukan Melaka United telah bejaya kembali ke liga utama pada musim 2017, selepas aksi cemerlang pada 2016 di Liga Premier.

Kini, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusoff Mahadi memberitahu media bahawa barisan pengurusan pasukan tersebut dalam proses untuk menukar nama Melaka United kepada Melaka City.

Ini bermakna Melaka United Soccer Association akan berubah kepada Melaka City Football Club (MCFC) yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Penjenaman semula itu akan menandakan era perubahan positif di dalam bola sepak Melaka. Ia diharap dapat membangkitkan prestasi pasukan dan juga sokongan peminat.

Dari segi aspek perlancongan, nama Melaka City akan lebih membantu untuk mempromosi bandaraya Melaka dengan penggunaan Melaka City (MC) berbanding dengan Melaka United (MU)

Dipetik dari sumber Harian Metro, beliau berkata:

“Jika Melaka City ia lebih menjurus kepada lokasi atau venue bandar raya berkenaan sementara MU tiada posisi khas pada pandangan umum, walaupun perkataan Melaka pada bahagian depan persatuan terbabit.

“Bagaimanapun, ia satu cadangan dan perancangan terkini yang cuba dilakukan MUSA untuk faedah dan kebaikan bersama dalam pengurusan bola sepak negeri.”

Walaubagaimanapun, cadangan ini masih menunggu kata akhir oleh Presiden MUSA iaitu Datuk Seri Idris Haron.

Agak ironi juga perubahan nama ini kerana kami terus teringat kepada Manchester United (MU) dan Manchester City (MC) yang merupakan musuh sebandar di EPL.

Apapun, kami doakan yang terbaik untuk pasukan Melaka United yang baka digelar Melaka City jika semua berjalan lancar.

Sumber

Harian Metro – https://www.hmetro.com.my/arena/2017/08/251430/cadang-tukar-nama-melaka-city

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN