Yusoff Mahadi Ingkatkan Jurulatih, Jangan Keluar Kenyataan Berbaur Hasutan Mengenai Isu Pengadilan

Minggu lepas menyaksikan aksi Liga Super telah menghadirkan rasa kurang senang beberapa jurulatih mengenai para pengadil.

Salah seorangnya adalah pengendali Pahang iaitu Dollah Salleh.

Beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika perlawanan menentang FELDA United di Jengka.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata ketua jurulatih tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan mengenai isu pengadilan di Liga Malaysia.

Bagi beliau, gunakan saluran yang betul untuk meluahkan isu tersebut.

“Jika tak puas hati, gunakan saluran yang betul. Hantarkan surat bantahan rasmi berserta bukti video kepada pihak FAM.”

“Setakat ini masih belum ada lagi bantahan rasmi yang dilakukan oleh pasukan Pahang.”

“Apa yang dikatakan oleh Dollah mungkin lebih kepada bersifat peribadi dan bukannya mewakili pasukan Pahang itu sendiri.”

Bagi Yusoff, beliau sedar dengan tahap kualiti pengadilan yang tidak begitu baik dan kerana itu beliau tidak mahu penonton merasakan mereka ditipu ketika menonton perlawanan.

“Kami tidak mahu kerana kualiti pengadilan, penyokong rasa mereka menonton sebuah perlawanan yang kononnya sudah diatur.”

Dalam masa yang sama Yusoff sendiri mengakui yang beliau tidak berpuas hati dengan kualiti pengadil ketika perlawanan PKNS FC menentang Melaka United tempoh hari.

“Memang benar kualiti pengadil tidak begitu baik. Tapi janganlah kita cemuh perkara itu sampai ia memberi pandangan negatif kepada Liga Malaysia.”

Sumber:

  1. Sinar Harian (2017): Jangan keluar kenyataan menghasut; http://www.sinarharian.com.my/sukan/jangan-keluar-kenyataan-menghasut-1.696388

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN