Quantcast

BERITA

Youri Djorkaeff: Hanya Inter Milan Dapat Berikan Saingan Buat Juventus

Menjelang pertemuan hebat Derby d’Italia pada awal pagi esok, bekas pemain tengah Inter Milan, Youri Djorkaeff menyifatkan bahawa hanya pasukan Nerazzurri itu sahaja mampu untuk memberikan cabaran serta dapat menamatkan penguasaan Juventus.

Inter Milan yang kini menghuni tangga ketiga Serie A, ketinggalan 11 mata di belakang gergasi Itali itu dan pertemuan kedua-dua pasukan di Allianz Stadium pasti mencuri tumpuan.

Walaupun SS Napoli dan AS Roma dilihat pencabar utama buat Juventus dalam beberapa musim kebelakangan ini, Djorkaeff melihat hanya bekas pasukannya (Inter Milan) sahaja yang  mampu untuk menghalang dominasi juara liga tujuh musim berturut-turut itu.

”Menurut saya, ya, kerana walaupun Juventus telah memenangi banyak kejuaraan ketika ini, mereka tahu bahawa hanya Inter (Milan) dapat memberikan saingan buat mereka dari segi karakter dan pasukan.”

”Setiap kali Roma, Napoli, Fiorentina dan (AC) Milan sekalipun mencuba dalam Derby d’Italia tetapi hanya satu-satunya yang memberikan cabaran kepada Juventus adalah Inter Milan.”

Youri Djorkaeff of Inter during Serie A match between Juventus Turin and Inter Milan on 20th October 1996 in Stadio dei Alpi Turin.
(Photo by Jean Michel Bancet / Icon Sport via Getty Images)

Dalam pada itu, bekas pemenang Piala Dunia 1998 bersama Perancis itu menunjukkan rasa hormat terhadap pemain Juventus, Cristiano Ronaldo.

”Hormat yang cukup hebat buat pemain ini membawa kejayaan buat Manchester (United), kemudiannya (Real Madrid) dan kini buat Juventus.”

”Sesuatu yang tidak ramai pemain yang mampu untuk melakukannya,” jelas Djorkaeff memuji bintang kelahiran Portugal ini.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, Juventus yang dibimbing Massimiliano Allegri gah menerajui Serie A dengan mengumpul 40 mata, meninggalkan SS Napoli di tempat kedua dengan lapan mata.

Inter Milan berada di tangga ketiga dengan mengumpul 29 mata hasil 9 kemenangan, 2 keputusan seri dan 3 kekalahan yang dicatatkan.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!