Aksi Kalamullah Al-Hafiz yang terduduk menyandar di tiang gol seusai perlawanan membabitkan Kedah Darul Aman (Kedah) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam antara mendapat perhatian ramai penyokong.
Apa tidaknya, penjaga gol Harimau Malaya itu boleh dikatakan sedang mengharungi malam yang sangat panjang ketika aksi berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri terdahulu menerusi kekalahan cukup besar.
Pada aksi itu, Kedah merekodkan kekalahan 0-6 kepada tuan rumah dalam saingan Liga Super bersama aksi yang ditampilkan mereka cukup mengecewakan.
Tampil dengan keputusan tersebut, jelas ia menimbulkan kemarahan para peminat yang kurang berpuas hati dengan apa dipamerkan oleh skuad kendalian Nafuzi Zain di atas padang.
Namun, ada satu perkara yang berjaya menarik perhatian para penyokong seusai perlawanan tersebut tamat apabila kelibat Kalamullah terduduk menyandar tiang gol.
Jelas tiada siapa yang tahu apa berada dalam fikiran Kalamullah setelah beliau melepaskan enam gol pada aksi tersebut walau tampil beraksi dengan sangat cemerlang.
Ya, kami di Semuanya BOLA sendiri mengakui Kalamullah menjadi antara pemain Sang Kenari paling cemerlang pada perlawanan tersebut setelah dirinya menyelamatkan banyak percubaan berbahaya dilepaskan oleh tuan rumah.
Jika tak kerana ketangkasan dipamerkan oleh Kalamullah, sudah tentu lebih banyak JDT meledak gol pada perlawanan tersebut sekali gus terus mengaibkan maruah Kedah.
Menerusi perkongsian dibuat oleh isteri Kalamullah iaitu Haryani Taj di Tiktok, beliau memberi galakan cukup positif demi menaikkan kembali motivasi pemain Malaysia itu.
“Its okay sayang, we love you sayang. You are the heroes! Kuat semangat! Kita kalah sama-sama, menang sama-sama. Prasangka baik okay sayang. Allah the best planner for our daily life,” kata Haryani di Tiktok.
Selain itu, beberapa netizen turut tampil memberi galakan buat Kalamullah untuk melihat penjaga gol tersebut terus bangkit bagi mengharungi aksi akan datang di ruangan komen.
“Kalamullah Al Hafiz goalkeeper yg terbaik dia save banyak sabaq banyak 2 ya Cuba next game lawan negeri sembilan nanti,” kata Pencinta Kucing Malaysia.
“Harap jangan lemah semangat lepas ni jadikan tu salah satu pelajaran dan pengalaman di masa akan datang….jadikan dia sebagai satu galakkan untuk memperbaiki gaya permainan dan kesilapan yang berlaku,” ujar Mohd Mazni pula.
Selain itu, banyak lagi komen-komen positif diberikan khas buat Kalamullah dengan harapan pemain tersebut terus konsisten serta bangkit lebih kuat untuk menghadapi siri perlawanan akan datang.