Indonesia tewas lagi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia/Asia. Kali ini tewas di tangan musuh tradisi, Malaysia.
2 gol Safawi Rasid membuatkan Indonesia pulang dengan tangan kosong. Gol pertama menerusi sepakan percuma cantik. Gol kedua adalah menerusi rembatan deras daripada sudut sukar.
Indonesia turut mendapat beberapa peluang gol, namun gagal menyempurnakannya. Ini termasuk penalti oleh Osas Saha yang tidak masuk pada babak akhir separuh masa kedua.
Rekod pasukan Indonesia dalam pusingan kelayakan kali ini sangat teruk. Mereka tewas kesemua 5 perlawanan setakat ini bagi kumpulan G.
Indonesia hanya menjaringkan 3 gol dan bolos sebanyak 16 kali daripada lima perlawanan.
Kedudukan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
Kumpulan G
(Selepas Hari Perlawanan 6)* Seterusnya Hari Perlawanan 7 pada Khamis, 26 Mac 2020:
UAE 🇦🇪 lwn 🇲🇾 MALAYSIA
THAILAND 🇹🇭 lwn 🇮🇩 INDONESIA#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/ZgE4on0RQp— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 19, 2019
Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Yeyen Tumena menegaskan bahawa para pemainnya sudah bermain mengikut perancangan taktikal mereka.
Namun harus menyalahkan diri sendiri kerana 2 gol Malaysia adalah daripada kesilapan para pemainnya.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Yeyen Tumena berkata: “Apa yang pasti, pasukan kami sudah bermain mengikut rencana yang kami rancang.”
“Namun malangnya kami melakukan kesalahan sendiri sehingga memberikan lawan gol pertama.”
“Begitu juga dengan gol kedua, ianya juga hadir, kerana kesalahan kami sendiri.”
Yeyen kemudian memberikan penghargaan kepada para semangat juang para pemainnya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia.
“Pasukan kami sudah bekerja keras sepanjang perlawanan. Dan saya mahu menyatakan penghargaan saya kepada para pemain Indonesia.”
“Dan selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia. Mereka bermain sederhana sahaja hari ini.”