Yaya Toure: “Saya Akan Jadi Marah Jika Memilih Untuk Beraksi Di Liga China”

Dalam sukan bola sepak, rata-rata mereka yang bermain untuknya adalah mereka yang gemarkan sukan itu.

Atau dengan lebih tepat, mereka lakukannya kerana cinta.

Begitu juga dengan pemain Manchester City – Yaya Toure.

Di penghujung karier, Toure kurang mendapat tempat dalam skuad Manchester City namun beliau tidaklah tak diperlukan oleh Pep Guardiola sepenuhnya.

Beliau masih lagi digunakan dalam perlawanan-perlawanan tertentu.

Baru-baru ini, Toure telah menolak tawaran hebat yang menyediakan gaji lumayan oleh kelab di Chinese Super League (CSL).

Gaji yang ditawarkan oleh kelab yang tidak didedahkan oleh pihak media itu berjumlah £430 ribu.

Sekiranya beliau menerima tawaran tersebut makanya Toure bakal menjadi pemain bergaji paling tinggi dalam sejarah liga tersebut.

Kata Toure, beliau mahu kekal di England kerana ingin membantu Manchester City memperoleh 4 kejuaraan pada musim ini.

Beliau juga menegaskan yang beliau masih lagi mahu beraksi di Eropah untuk beberapa tahun lagi.

“Saya ke China? Tidak akan berlaku.”

“Saya masih lagi nampak muda bukan? Saya masih lagi nak bermain di Eropah terutamanya di Eropah.”

“Saya masih lagi nak bermain untuk beberapa tahun.”

Tambah Toure lagi, andai beliau ke China beliau akan menjadi marah kerana beliau bermain bola sepak atas dasar duit.

“Jika saya beraksi di China, saya akan marah.”

“Adakah anda bermain bola sepak kerana anda cintakan sukan itu? Atau anda nak buat duit dengan sukan itu? Apa tujuan anda?”

“Bagi saya, saya main kerana cinta saya kepada pasukan. Saya nak tolong rakan sepasukan saya dan saya gemarkan berlawan dengan pasukan ternama dan pemain hebat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN