Yaya Toure Kutuk Guardiola Yang Ada Masalah Dengan Pemain Afrika

Bekas pemain tengah Manchester City, Yaya Toure membuat kenyataan panas dalam wawancara dengan majalah sukan France Football yang diterbitkan semalam (Selasa). Yaya Toure dengan beraninya berkata:

“Mungkin kerana kami orang Afrika sentiasa dilayan berbeza dengan orang lain.”

Guardiola kini dikaitkan dengan seorang lagi pemain Afrika iaitu Riyad Mahrez yang berasal dari Algeria. Jadi mungkin Yaya Toure memaksudkan Pep Guardiola bermasalah dengan pemain Afrika berkulit hitam?

Guardiola sebelum ini menyatakan Yaya Toure wajar diberikan majlis perpisahan istimewa dalam perlawanan menentang Brighton atas jasa beliau melonjakkan nama Man. City sehingga apa yang ada pada hari ini.

Namun Yaya Toure masih tidak gembira dengan Pep Guardiola.

“Dia (Pep) menyatakan yang beliau tiada masalah dengan pemain berkulit hitam, sebab beliau terlalu bijak untuk dikesan.”

“Saya bukan pemain pertama yang bercakap tentang layanan berbeza ini. Di Barcelona ada orang turut persoalkan perkara yang sama.”

“Namun ketika itu saya mahu membuktikan sesuatu. Saya nak menghapuskan mitos Guardiola itu.”

“Musim panas lalu, Pep Guardiola dengan kejam membuang Wilfried Bony yang sudah pun menandatangani kontrak 4 tahun dengan kelab dengan kadar gaji yang sangat besar.”

Yaya Toure hanya bermain 17 kali musim ini bersama-sama dengan Man. City. Skuad Guardiola cemerlang menjuarai EPL dan Piala Carabao pada musim ini.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 11: The Manchester City Manager Manuel Pellegrini and Yaya Toure pose with the trophy at the end of the Barclays Premier League match between Manchester City and West Ham United at the Etihad Stadium on May 11, 2014 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pada musim ini, ejen Yaya Toure, Dmitri Seluk pernah bertelagah dengan Guardiola. Ianya membuatkan Yaya Toure telah disisihkan oleh Guardiola.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, selagi-lagi Yaya Toure tidak meminta maaf di atas sikap ejen beliau, selagi itu Yaya Toure akan disisihkan.

Yaya Toure kemudian meminta maaf dan barulah Pep Guardiola memberikan beliau beberapa minit perlawanan. Ini bukan kali pertama Yaya Toure gagal mendapatkan lebih minit dalam pasukan Pep Guardiola.

Ketika di Barcelona, perkara yang sama berlaku dan membuatkan Yaya Toure dijual ke Manchester City selepas 3 musim bersama kelab Catalan tersebut.

“Saya rasa, saya telah berhadapan dengan seorang yang sedang berdendam dan cemburu dengan saya. Melayan saya seperti seorang musuh. Saya terasa diri seperti diaibkan.”

“Jadi, ia mulai membuatkan saya terfikir, bagaimana semua ini berlaku tanpa faktor warna kulit?”

“Sentiasa ada tekanan di situ dan Guardiola seorang yang sangat rigid.”

“Pemain lain tak akan berani mengkritik beliau secara umum. Ada beberapa pemain memberitahu saya yang mereka juga terasa yang karier mereka sudah berakhir kerana diuji oleh sikap manipulatif dan perang saraf beliau.”

“Beliau seorang yang sangat pentingkan diri sendiri, beliau hanya mahu menang sesuatu dengan beberapa pemain yang beliau sudah pilih, bukannya pemain yang dipilih orang lain. Itu adalah projek beliau.”

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 06: Josep Guardiola, Manager of Manchester City is chucked into the air as they team celebrate winning the Premier League after the Premier League match between Manchester City and Huddersfield Town at Etihad Stadium on May 6, 2018 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Toure juga menyatakan yang Guardiola telah merosakkan musim terakhir ataupun musim perpisahan beliau secara total. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Juventus dan Barcelona kepada Buffon dan Iniesta.

Yaya Toure telah bermain 319 perlawanan sepanjang 8 musim di Manchester City dan memenangi 3 EPL serta 1 Piala FA.

“Guardiola telah merampas musim perpisahan saya dengan City. Saya nak meninggalkan kelab ini dengan lebih emosi seperti mana Iniesta dan Buffon. Namun Guardiola menghancurkan semua itu.”

“Saya yakin, saya masih boleh bermain di peringkat tertinggi untuk beberapa musim lagi.”

Yaya Toure mengakui, demi Manchester City, beliau pernah mengarahkan ejen beliau tidak melayan sebarang bidaan daripada kelab lain termasuk tawaran mewah dari China beberapa tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN