Yarmolenko Cedera Di Buku Lali, Perlu Berehat 6 Bulan

Andriy Yarmolenko dilaporkan telah mengalami kecederaan di buku lali dan laporan semalam menyatakan pemain itu terpaksa berehat panjang.

Yarmolenko cedera di buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur dan dijangka akan berehat selama 6 bulan.

Ia merupakan satu kehilangan besar untuk West Ham kerana pemain sayap mereka itu kelihatan sudah mulai mendapat rentak dalam pasukan mereka. Yarmolenko akan menjalani pembedahan dalam minggu ini.

Dalam perlawanan West Ham menentang Spurs, Erik Lamela menjadi hero Spurs. Jaringan kemenangan beliau pada minit ke-44 membolehkan Spurs berada di 4 teratas.

Selepas tamat perlawanan, Pellegrini menyatakan beliau akan menunggu laporan doktor berkaitan dengan isu kecederaan Yarmolenko.

“Saya menunggu laporan doktor. Dia (Yarmolenko) telah terjatuh dan kesan pada kaki serta buku lalinya. Tapi kami tak pasti (maklumat lebih lengkap tentang kecederaan).”

“Ia nampak kurang baik kerana dia diusung dengan ‘stretcher’.”

Ini adalah kecederaan ke-2 melibatkan pemain utama mereka selepas Jack Wilshere.

Jack Wilshere awalnya dilaporkan boleh kembali pada minggu ini tetapi telah ditunda semula kepulangannya kerana perlukan rawatan susulan.

Ianya selepas Wilshere mendakwa ada terasa sakit di bahagian buku lalinya yang sebelum ini pernah dibedah.

Wilshere awalnya dijadualkan kembali dalam perlawanan menentang Spurs dalam Piala Carabao minggu hadapan. Namun ianya telah ditangguhkan. Paling awal beliau boleh kembali adalah pada November hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN