Yang Dah Tua Bangka Tu Tak Payahlah Over Sangat

Pada 8 Februari 2020 (Sabtu) lepas, tular sebuah video yang memaparkan insiden pergaduhan yang melibatkan pengadil dengan sekumpulan individu yang dipercayai terdiri daripada pegawai dan bapa pemain sebuah pasukan akar umbi di utara.

Kejadian berlaku di sebuah kejohanan bola sepak 7 sebelah (bawah 10 tahun) untuk merebut Piala YDP Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Kedah.

Bagi sesiapa yang tidak tahu fakta kejadian, berikut merupakan konteks video di bawah:

https://twitter.com/FuadAsri/status/1226484267284254721

Kejadian ini berlaku pada pusingan kalah mati kejohanan. Perlawanan menemukan sebuah kelab akar umbi dari Kedah menentang sebuah kelab akar umbi di Perlis.

Sekitar minit ke-10 perlawanan, penjaga gol kelab dari Perlis telah dibuang padang selepas dihukum kad merah kerana menyentuh bola menggunakan tangan di luar kotak penalti dalam situasi goalscoring opportunity.

Selepas penjaga gol kelab dari Perlis tersebut dibuang padang, pengadil meneruskan perlawanan dengan memberikan direct free kick kepada kelab dari Kedah. Pegawai pasukan kelab dari Perlis membantah keputusan pengadil dari luar padang. Tetapi permainan dapat diteruskan seperti biasa.

Sebelum penjaga gol mereka dibuang padang, kelab dari Perlis itu mendahului 1-0.

Tetapi selepas insiden itu berlaku, kelab dari Kedah menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Selang beberapa minit daripada gol pertama, kelab dari Kedah itu menjaringkan gol kedua pula. Keputusan akhir memihak 2-1 kepada kelab dari Kedah.

Sebaik sahaja wisel tamat perlawanan dibunyikan, pegawai kelab dari Perlis tiba-tiba datang menyerang pengadil dengan menarik leher bajunya. Kejadian menajdi bertambah kecoh apabila lebih banyak pegawai pasukan dan bapa pemain kelab dari Perlis turut serta. Sampaikan ada yang bertumbuk.

Ketika insiden nampak boleh dileraikan hasil campur tangan pihak penganjur, tiba-tiba datang seorang bapa pemain yang cuba menyerang pengadil dengan menggunakan kerusi. Ini membuatkan pengadil mahu bertindak balas.

Tetapi mereka berdua sempat ditenangkan dan dileraikan oleh pihak penganjur dan pegawai perlawanan yang lain.

Saya diberitahu pengadil yang diserang telah bertindak membuat laporan polis di IPD Kubang Pasu. Tetapi laporan polis itu ditarik balik selepas kedua-dua belah pihak berbincang dan tidak ingin memanjangkan kes.

Saya yang berada di tempat kejadian ini mengaku – ini bukan kali pertama saya menyaksikan orang-orang dewasa yang dah tua berjanggut yang bersikap ‘lebih sudu dari kuah’ di arena bola sepak akar umbi.

Sepatutnya orang tua kena menunjukkan contoh dan teladan yang baik di depan kanak-kanak. Bayangkan apa yang kanak-kanak fikir bila melihat bapa mereka sendiri ‘naik sheikh’ bila kalah. Saya khuatiri bila membesar, kanak-kanak ini akan ikut perangai sama bila mereka tak dapat apa yang mereka nak di dunia ini.

Saya juga berpendapat betapa pentingnya jurulatih (dan pegawai pasukan) untuk bersikap profesional apabila mengendalikan pasukan. Apabila mereka sendiri yang hilang kawalan emosi, secara automatiknya pemain dan penyokong mereka sendiri juga akan hilang kawalan emosinya.

Lagipun bukankah objektif utama kita melatih anak-anak kita di peringkat akar umbi supaya mereka enjoy main bola sepak?

Bukankah kita dah sedia maklum – menang bukan objektif utama di peringkat akar umbi?

Jadi kenapa kita yang dah tua bangka ini yang lebih sudu dari kuah? Tak payahlah over sangat. Menang kalah kan adat pertandingan?

Melihat kekerapan insiden sebegini berlaku di peringkat akar umbi, saya melihat perlunya FAM melalaui FA negeri untuk mendidik bukan sahaja anak-anak kita, tetapi juga bapa-bapa, penjaga-penjaga dan para jurulatih mengenai APA SEBENARNYA OBJEKTIF bola sepak akar umbi diadakan.

Nota editor: Artikel ini diolah semula daripada hantaran pendapat Max Heguy (yang mohon nama sebenarnya disembunyikan) di inbox Facebook Semuanya BOLA. Hantarkan pendapat anda mengenai apa-apa isu bola sepak ke email ([email protected]) atau inbox Facebook, Twitter dan Instagram kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN