Yaman Sahkan Tak Akan Beraksi Lawan Malaysia

Yaman

Desas-desus mengenai pembatalan aksi persahabatan antara Malaysia dan juga Yaman dilihat semakin jelas apabila negara Timur Tengah itu mula mengeluarkan kenyataan.

Sebelum ini, tersebar info mengenai pembatalan kehadiran Yaman ke negara kita untuk bertemu Harimau Malaya pada Jun ini di Terengganu sebagai sebahagian daripada dua aksi persahabatan skuad Kim Pan-gon di sana.

Malaysia yang sepatutnya dijadualkan bertemu Yaman pada 20 April ini dilihat akan membatalkan perlawanan tersebut selepas negara Timur Tengah itu mengalami kesulitan untuk tiba ke negara kita.

Menurut pihak FA Yaman, keputusan untuk tidak menyertai perlawanan persahabatan bersama-sama Malaysia adalah kerana keputsan mereka mahu memboikot tindakan majlis Olimpik mereka yang menganggu skuad remaja negara tersebut.

FA Yaman mengatakan yang majlis Olimpik negara mereka telah menggunakan skuad B-23 untuk menyertai kejohanan bola sepak Asia Barat yang diadakan pada tarikh sama lawatan pasukan senior ke Terengganu.

Kerana tidak berpuas hati, mereka mahu memboikot dengan Malaysia menjadi mangsa kepada situasi yang berlaku di negara mereka.

“Jawatankuasa tergempar yang diadakan bersama persatuan bola sepak [Yaman] telah menerima permohonan maaf daripada pasukan kebangsaan untuk tidak menyertai perlawanan persahabatan menentang Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 20 Jun ini.

“Keputusan ini dibuat selepas membantah penyertaan pasukan Olimpik dalam Kejohanan Asia Barat di Iraq yang diadakan pada waktu yang sama,” kata FA Yaman.

Keputusan ini nyata memberikan kesan kepada persiapan Harimau Malaya dengan mereka perlu mencari pihak lawan yang lain untuk bertarung.

Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN