Yakin Sudah Sihat Sepenuhnya, Eriksen Tak Sabar Beraksi Semula

Christian Eriksen

Pemain baharu Brentford, Christian Eriksen mendedahkan yang beliau kini tidak sabar untuk membantu pasukan baharunya itu selepas sudah dibenarkan beraksi semula.

Erriksen yang berehat panjang selepas mengalami komplikasi jantung ketika mewakili Denmark pada Euro 2020, bakal kembali bermain bola sepak profesional buat kali pertama sejak insiden tersebut.

Selepas terpaksa meninggalkan Inter Milan, Eriksen kembali ke Premier League untuk bermain bersama-sama pendatang baharu iaitu Brentford.

Saya percaya hati saya

Eriksen mengakui yang dirinya kini sudah tidak sabar untuk kembali beraksi selepas lama berehat.

Namun, dalam masa yang sama beliau turut sedar yang resah itu ada kerana menyedari dirinya tidak sama seperti dahulu.

Tetapi, Eriksen memilih untuk tidak berpatah balik jika rasa itu ada.

“Jika ada keresahan [mengenai apa yang akan terjadi jika kembali beraksi], saya tidak akan berpatah balik ke belakang.”

“Saya harap saya akan dapat kembali membantu Brentford tidak lama lagi.”

Eriksen juga mengatakan yang beliau mempercayai dirinya serta doktor yang bertanggungjawab merawat pemain itu.

Malah, bekas pemain Tottenham Hotspur dan Ajax Amsterdam itu juga turut mempercayai hatinya kini berada dalam keadaan baik dan boleh bekerja dalam keadaan berintensiti tinggi seperti bermain bola sepak.

“Saya percayakan para doktor [yang merawat saya], saya percayakan hati saya dan saya percayakan ICD saya.”

“Saya datang semula ke sini [Brentford] adalah untuk bermain di Premier League sekali lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN