Ximena Suarez, Pramugari Terselamat Dari Nahas Imbau Tragedi Chapecoense

Beliau satu-satunya pramugari pesawat LaMia 2933 yang terselamat dalam tragedi pada November 2016 itu. Ximena Suarez, mengakui masih mengalami mimpi ngeri.

Ibu kepada dua anak menceritakan bahawa ramai yang terselamat tidak menjangka apa yang berlaku. Andainya mereka ketahui perkara akan berlaku, sudah pasti mereka akan bersedia.

Trauma

Ximena Suarez (berbaju merah) bersama mendiang rakan sekerja pada sebelum kejadian itu. Sumber: Mirror.

Beberapa mangsa yang terselamat dipercayai masih menghubungi antara satu sama lain. Mereka sebenarnya trauma dek kejadian malang itu.

Ximena sendiri tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Beliau sendiri memerlukan ubat untuk tidur.

Malah, beliau telah menemui pakar psikologi untuk merawat trauma di hadapi. Sekiranya beliau tidak memakan ubat dan tidur, beliau akan terbangun pada waktu malam.

Ximena sedar bahawa beliau perlu menjadi kuat untuk bertahan. Tetapi, sekiranya untuk menyambung karier sebagai pramugari, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi.

Pasca kejadian

Selepas kejadian itu berlaku, rasa insaf telah pun muncul daripada dirinya. Beliau banyak menghabiskan masa bersama keluarganya.

Malah, Ximena sendiri menuliskan sebuah buku yang berkaitan kejadian itu. Beliau berharap buku itu dapat diterbitkan.

Beliau juga aktif memberikan perkongsian berbentuk motivasi. Terdapat sebuah syarikat telah melantik beliau untuk memberikan ceramah tersebut.

Sudut lain

Skuad Chapecoense sebelum menaiki pesawat malang itu. Sumber: Mirror.

Nivaldo Constante menceritakan meskipun ada yang tertekan dengan kejadian itu, mereka terpaksa meneruskan kerjaya dalam bola sepak. Nivaldo telah kehilangan ramai rakan sepasukannya yang terbunuh dalam nahas itu.

Nivaldo, penjaga gol Chapecoense terpaksa menarik diri pada saat akhir sebelum bertolak. Setelah kejadian itu berlaku, beliau mengambil keputusan untuk bersara.

Santiago Campuzano pula berkongsi apa berlaku sewaktu kejadian itu. Beliau memandu trak miliknya ke tempat nahas.

Santiago membawa beberapa orang mangsa ke hospital dari tempat nahas.

Semoga mangsa, kaum keluarga mangsa tragedi ini dapat meneruskan kehidupan. Kami berharap juga Chapecoense dapat berjaya seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN