Quantcast

BERITA

XI Terbaik SemuanyaBOLA Untuk MSL 2018 Minggu 2, Lee Tuck Kapten Pasukan Kami

SemuanyaBOLA kali ini memilih XI terbaik untuk minggu 2 MSL 2018 melibatkan 2 perlawanan, perlawanan hujung minggu dan pertengahan minggu 2. Ini senarai kami.

Penjaga gol – Kamarul Effandi (Kuala Lumpur)

Selepas melakukan kesilapan komedi menentang Negeri Sembilan, beliau menjadi sebab utama JDT kalah dalam pertembungan 2 hari di Cheras.

Kamarul Effandi mungkin bermain dalam perlawanan yang paling banyak percubaan gol dihadapi oleh beliau. Kamarul cemerlang melakukan 8 ‘saves’ dalam perlawanan tersebut. Angka yang sangat banyak.

Bek sayap kanan – Syahmi Safari

Kredit foto: FAS

Kami memilih sistem 3-4-3 kerana mahu masukkan Syahmi dan Andik di dalam pasukan. Syahmi bermain di sayap kanan pada perlawanan menentang Melaka, namun beliau boleh bermain peranan bek sayap yang menjadi peranan utama beliau dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Bek tengah kanan – Rodney Calvin (PNKS)

Apa yang Sarawak dah buat dengan pemain muda ini? K.Rajagobal sudah mengenali pemain ini sejak di Sarawak. Beliau beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan melibatkan PKNS minggu ini.

Bek tengah – Muslim Ahmad (Pahang)

Beliau sangat tenang mengawal pertahanan Pahang terutama sekali perlawanan menentang Kelantan. Moraes ada melakukan beberapa kesilapan pertahanan tetapi Muslim Ahmad tiada melakukannya.

Bek tengah kiri – Fadhli Shas (JDT)

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Fadhli Shas ternyata dalam kelas tersendiri dalam beberapa minggu awal Liga Super 2018. Beliau berjaya menjaringkan gol menentang PKNP. Membantu JDT melakukan ‘clean sheet’ dalam perlawanan tersebut.

Bek sayap kiri – Qayyum Marjoni (PKNS FC)

Minggu satu kami terpaksa letakkan beliau di senarai bangku simpanan kami kerana Corbin Ong. Minggu ini kami pilih bekas pemain Kelantan ini di dalam senarai. Jika konsisten dengan aksi sebegini, peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya adalah semakin realistik.

Tengah – Lee Tuck (Terengganu)

Aksi beliau menentang Selangor antara aksi individual terbaik yang pernah kami saksikan dalam Liga Malaysia. 2 gol kelas dunia dan berlari ke seluruh padang sebagai pemain tengah kotak ke kotak / ‘box to box’.

Tengah – Paulo Josue (Kuala Lumpur)

Jaringan beliau menghadiahkan kemenangan pertama KL musim ini dan kekalahan pertama JDT dalam MSL musim ini. Kali terakhir KL menang perlawanan Liga Super adalah pada 6 Julai 2011.

Sayap kanan – Andik Vermansyah (Kedah)

Andik Vermansyah turun dalam kesebelasan utama Kedah. Foto: KFA.

Satu debut yang meyakinkan oleh Andik Vermansyah. Beliau menjadi inspirasi kepada kejayaan Kedah untuk menang perlawanan pertama Liga Super musim ini. Beliau juga pencetus ancaman kepada gol pertama Kedah dan gol kemenangan mereka pada perlawanan tersebut.

Sayap kiri – Jorge Pereyra Diaz (JDT)

Kami letakkan Diaz di sayap kiri dalam pasukan kami dengan fluiditi ada pada beliau, kami akan mendapat manfaat daripada itu.

Diaz cemerlang dalam perlawanan menentang PKNP dan lebih bermain sebagai pemain pasukan (team player) berbanding dengan Diaz yang kita kenal sebelum ini. Beliau membuka semula akaun gol dalam Liga Super.

Penyerang tengah – Yahor Zubovich (Melaka)

Kami ada saringan sama ada Zubovich ataupun Ruffino. Namun kami memilih Zubovich kerana beliau menggalas satu pasukan beliau seorang diri berbanding dengan Ruffino.

Zubovich melakukan 2 gol dan 1 bantuan gol dalam kemenangan Melaka menewaskan Negeri Sembilan.

Jurulatih – K. Rajagobal (PKNS FC)

Datuk Rajagobal mengendalikan sesi latihan pasukan PKNS FC. Foto: PKNS FC

King Gopal ternyata berjaya menjadikan PKNS pasukan digeruni pada 2 minggu pertama ini. Memintas JDT di kedudukan teratas liga dan berjaya mengeluarkan yang terbaik daripada pemain seperti Rodney Calvin, Qayyum dan juga Safee Sali.

Simpanan

Shahril Sa’ari (PKNS FC) – Penjaga gol
Igor Zonjic (Terengganu) – Pertahanan
Chan Vathanaka (Pahang) – Tengah
Natxo Insa (JDT) – Tengah
Kipre Tchetche (Terengganu) – Tengah/Penyerang
Gilmar Firlho (Perak) – Penyerang
Rufino Segovia (Selangor) – Penyerang

Itu adalah senarai pilihan semuanyaBOLA untuk kali ini, anda bagaimana?

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!