Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan penyertaan seorang lagi bintang Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh selepas penyertaan Matthew Davies, musim lalu.
Mungkin kini ramai yang kata, Harimau Selatan sudah jadi Harimau Malaya. Adakah benar kenyataan itu? Adakah skuad negara kini dibarisi keseluruhan pemain JDT? Untuk mengesahkannya, kita perlu melihat kepada kesebelasan skuad negara.
Formasi yang digemari oleh pengendali, Tan Cheng Hoe adalah 4-3-2-1 atau 4-3-3. Ia juga bertepatan dengan DNA Bola Sepak Malaysia yang telah dilancarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 2019. Kajian mengenai DNA Bola Sepak ini diketuai oleh bekas Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo seawal Oktober 2017.
5️⃣ FARIZAL MARLIAS (JDT)@OfficialJohor@farizal_marlias
34Y 4M 2D
11 apps(0 sub)
990 playing minutesPerformance in #MSL20:
Save percentage: 65.22%
Shot On Target Faced/Game: 2.09
Goal Conceded/Game: 0.73
Shots Saved/Game: 1.36
Clean Sheet: 5👑#OptaJ pic.twitter.com/CB31CKF82Y— OptaJ (@OptaJ_Analytics) November 26, 2020
Penjaga gol: Farizal Marlias (JDT)
Sememangnya Farizal Marlias sukar digugat kedudukannya di pintu gol Malaysia. Sepanjang 2019, Farizal Marlias telah tampil dalam lapan daripada 13 perlawanan dengan merekodkan 697 minit permainan. Beliau hanya tersisih dalam lima aksi.
Walaubagaimanapun, penjaga gol utama JDT itu merupakan yang kelima terbaik dalam saingan Liga Super 2020 – di belakang penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz, Khairul Fahmi (Melaka United), Khairulazhan Khalid (Selangor) dan Bryan See (PDRM).
Pertahanan kanan: Matthew Davies (JDT)
Sebenarnya agak kekok kerana di JDT, Matthew Davies bukanlah bek kanan ‘regular’. Beliau masih gagal mengalahkan pemain senior, S. Kunanlan, yang telah mengalahkan deretan bek kanan yang telah dibawa masuk sebelum Matthew Davies lagi.
Begitupun, kehebatan pemain kacukan Malaysia-Australia itu adalah ketika kerap tampil bersama Pahang sebelum menyertai JDT pada musim 2020. Malaysia tidak beraksi sepanjang tahun 2020 dan jika tahun ini aksi antarabangsa boleh kembali, bagaimanakah kedudukannya dalam kesebelasan utama pasukan?
Matthew Davies Kepada Syahmi Safari, Posisi Bek Kanan Malaysia Milik Saya – https://t.co/7ulWjj0Ava pic.twitter.com/Cyd9aY9dAz
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 1, 2019
Pertahanan kiri: Corbin Ong (JDT)
Sejak debut bersama skuad Harimau Malaya pada Jun 2019, posisi ini seakan-akan sudah dicetak dengan namanya. Belum ada lagi pemain yang berjaya memintasnya sama ada ketika bersama skuad negara atau JDT. Kelebihannya adalah beliau juga mampu merencana gerakan di bahagian atas, di jentera serangan.
Tahap kecergasannya yang amat baik membantunya untuk naik turun di sebelah kiri tanpa lelah. Pesaingnya di sebelah kiri, jika dilihat senarai panggilan ‘kegemaran’ Tan Cheng Hoe adalah Syazwan Andik, yang merupakan pemain kedua di belakangnya di JDT. Begitupun, musim lalu, beliau langsung tidak beraksi bersama JDT.
Pertahanan tengah: Shahrul Saad (Perak), Aidil Zafuan (JDT)
Dua bek tengah terbaik dalam negara saat ini. Sukar untuk digugat kekentalan kedua-duanya ketika mengemudi bek tengah skuad Harimau Malaya. Kedua-duanya adalah tonggak utama pasukan masing-masing dengan Shahrul Saad merupakan pemain pertama dalam senarai ini yang bukan pemain Harimau Selatan.
Siapa calon lain yang pernah dipanggil oleh Tan Cheng Hoe? Adam Nor Azlin dan juga Dominic Tan, dua pemain muda yang berpeluang untuk mengambil alih posisi tersebut, namun kekurangan mereka mungkin dari segi minit permainan. Namun, apabila Aidil Zafuan tiada, Adam Nor Azlin lebih banyak tampil selain Irfan Zakaria.
1st goal Malaysia Syamer pula assist, goal Brendan Gan. pic.twitter.com/AGyhTNkiFY
— 𝖆𝖍𝖒𝖆𝖉 𝕿𝖔𝖇𝖊𝖖 ® (@Syazwan_Raphiz) November 15, 2019
Pemain tengah: Brendan Gan (Selangor), Azam Azih (Pahang), Syamer Kutty (JDT)
Dua aksi terakhir ketika menumbangkan Thailand dan Indonesia, ini merupakan gandingan di jentera tengah skuad kebangsaan. Mungkin inilah kombinasi terbaik yang berjaya diterokai oleh Tan Cheng Hoe. Selain mereka, beberapa pemain lain seperti Halim Saari, Baddrol Bakhtiar turut pernah dicuba olehnya untuk posisi itu.
Selain itu, Tan Cheng Hoe juga pernah cuba meletakkan Syafiq Ahmad di posisi tengah menyerang atau penyerang kedua di belakang penyerang utama, Norshahrul Idlan.
Brendan Gan dan Azam Azih adalah pemain wajib disenaraikan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya, namun mereka bukanlah pemain Harimau Selatan.
Sayap kanan dan kiri menyerang: Safawi Rasid (JDT), Mohamadou Sumareh (JDT)
Mengapa kedua-dua posisi ini digabungkan? Sama ada Safawi Rasid atau Sumareh, kedua-duanya akan digunakan dengan pertukaran posisi akan berlaku di antara mereka sepanjang perlawanan berlangsung. Jadi, ia bukanlah posisi tetap.
Safawi Rasid dan Sumareh sukar digugat untuk posisi sayap kanan. Inilah yang telah dimanfaatkan oleh Tan Cheng Hoe dengan lawan akan sukar untuk menjangkakannya. Kekurangannya adalah, mungkin sayap kiri akan sedikit ‘lemah’, tetapi selalunya ia akan ditampung dengan baik oleh Corbin Ong yang naik membantu.
Daripada Paksa Safawi Rasid Beraksi Di Bukan Posisinya, Apa Kata Sumareh Pula Berkorban? – https://t.co/Shpzx6yTjm pic.twitter.com/RSDYtMBtBE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 13, 2019
Penyerang: Syafiq Ahmad (JDT)
Walaupun tampak seakan-akan Syafiq Ahmad dibayangi oleh Diogo di JDT, namun ketika menjalankan tugas bersama skuad kebangsaan, beliau sentiasa cemerlang. Memiliki gaya permainan seperti Diogo, tugasnya bukanlah semata-mata meledak gol.
Untuk 2019, Syafiq Ahmad meledak lima gol, penyerang Selangor, Shahrel Fikri pula telah menghasilkan empat gol dan seorang lagi penyerang yang digunakan, Norshahrul Idlan pula mencetak dua gol. Sumareh yang pernah bertindak sebagai penyerang juga menghasilkan empat gol manakala Safawi Rasid pula meledak enam gol.
Penutup
Melihatkan kepada senarai tersebut, lapan pemain merupakan pemain JDT dan bakinya adalah daripada pasukan lain. Hampir semua pemain Harimau Malaya adalah pemain Harimau Selatan. Dan, begitulah selalunya yang berlaku kepada mana-mana skuad kebangsaan. Tiada yang pelik jika pemain itu yang terbaik.
Pasukan yang terkuat di liga pada musim tersebut, pemain-pemain mereka akan lebih ramai tampil bersama skuad negara. Sebagaimana kita dapat lihat pemain Barcelona mendominasi skuad Sepanyol pada satu ketika dahulu, selain Selangor dan Pahang pernah membarisi hampir keseluruhan skuad kebangsaan satu masa dahulu.
Adakah JDT akan merekrut baki pemain tersebut sebagai pemain mereka? Mungkin ya dan mungkin tidak, kerana ia terpulang kepada perancangan JDT.
KREDIT FEATURED IMAGE: FAM
Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:
FAM, KBS, MSN Temui Jalan Penyelesaian Demi Kejayaan Harimau Malaya
Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya
Masihkah Ada Ruang Untuk Apek Kembali Bersama Harimau Malaya?