Xherdan Shaqiri & Liverpool Sedia Untuk Berpisah

Xherdan Shaqiri
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Xherdan Shaqiri dan Liverpool kini sudah mula bersedia untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing menjelang musim baharu yang bakal bermula.

Shaqiri antara pemain yang disebut-sebut untuk meninggalkan Liverpool pada musim ini selepas sudah beberapa musim masih tidak berjaya mengukuhkan namanya sebagai pemain kesebelasan utama.

Kini sedang mula dikaitkan dengan pasukan dari Serie A iaitu Lazio, ianya jelas memberikan peluang untuk Shaqiri memulakan perjalanan baharu dalam kariernya.

Menurut laporan Football Italia, Shaqiri mengakui beliau memerlukan lebih minit permainan dan dirinya sudah menzahirkan niat untuk berpisah dengan kelab England itu.

“Pada masa sekarang, perkara yang penting dalam karier saya adalah untuk bermain secara tetap tetapi itu tidak menjadi seperti yang diharapkan dalam tiga musim terakhir ini.”

“Sebab itu saya katakan kepada Liverpool yang saya bersedia untuk hadapi cabaran baharu. Mereka terima permintaan saya dan akan serius mempertimbang setiap tawaran yang datang.”

“Mereka tak akan halang saya [untuk keluar daripada kelab].”

Kini dikaitkan dengan perpindahan ke Lazio, Shaqiri berasa tertarik dengan situasi ini kerana beliau begitu menggemari corak permainan Maurizio Sarri.

Ujar Shaqiri, corak permainannya dilihat sesuai dengan taktikal Sarri.

“Saya sudah lama mengikut Lazio dan mereka adalah pasukan yang hebat.”

“Secara umumnya, melihat kepada karektor saya, saya gemar bermain permainan bola sepak menyerang dan Maurizio Sarri juga begitu. Ia akan menjadi satu perkara yang menarik.”

Shaqiri merupakan pemain bermain di pelbagai kelab seperti FC Basel, Bayern Munich dan Stoke City.

Malah, Shaqiri turut pernah beraksi di Itali pada tahun 2015 bersama-sama Inter Milan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN