Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri dan Stephan Lichtsteiner dilaporkan berjaya mengelak daripada digantung perlawanan selepas keraian ‘double eagle’ ketika menentang Serbia.
Namun FIFA tetap mendeda ketiga-tiga pemain tersebut dengan nilai, Xhaka dan Shaqiri denda €8,700, manakala Lichtsteiner €4,300.
Xhaka dan Shaqiri ada darah kosovo dan mereka meraikan gol itu sebagai satu mesej berbaur politik kepada Serbia yang melakukan genocide pada lewat 1999 ke atas etnik Albania di Kosovo.
Logo ‘double eagles’ adalah simbol kepada masyarakat Albania.
Namun tak pasti sama ada Lichtsteiner meraikannya kerana solidariti kepada 2 rakannya itu ataupun tindakannya adalah spontan selepas melihat 2 pemain itu meraikan gol dengan gaya tersebut.
Shaqiri dengan berani mengakui yang mesej itu memang berbaur politik dan mengaitkannya dengan emosi dan bola sepak. FIFA melarang sama sekali sebarang unsur politik dibawa ke dalam padang.
Peraturan FIFA juga menegaskan yang mana-mana individu yang berbuat demikian boleh dikenakan penggantungan minimum 2 perlawanan.
Namun FIFA memutuskan agar tiada penggantungan dikenakan. Berita ini pastinya melegakan Switzerland yang masih bertarung ke peringkat kalah mati. 3 pemain ini menjadi nadi penting pasukan mereka.
Serbia juga masih berada dalam landasan persaingan untuk ke peringkat kalah mati.